Jangan Semaraknya Bermusim..

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


JANGAN SEMARAKNYA BERMUSIM || 1 Ogos 2017.Bulan baharu.Kisah baharu.Sebut Bulan Ogos..dikenali Bulan Kemerdekaan.31 Ogos 1957..setelah 60 tahun merdeka..sudah benar-benar merdekakah kita..atau hakikatnya kita masih lagi dijajah..terjajah atau menjajah...senjata itu banyak bentuknya..moga kita berusaha tidak menjadi mangsa dan pemangsa..


Pejuang yang berjuang itu sentiasa bersemangat..biar dilapangan apa pun..teruskan berjuang..jangan semaraknya bermusim kerana kehidupan sebenar bermula selepas kematian..itulah hakikat matlamat berjuang dalam memerdekakan diri..


Jangan....

KALAH DAN TERUS MENGALAH.Kalah itu tidak semestinya lemah.Berapa banyak yang menang setelah melalui detik kekalahan.Syaratnya tidak terus mengalah..berserah (tawakkal) setelah ikhtiar itu mesti kerana apa pun yang kita lakukan bissmillah dan mesti sandarkan padaNYA sentiasa..namun apabila kalah dan terus mengalah itu bukan ertinya berserah tetapi pasrah tidak terarah.

Cuba....

KEKALKAN MOMENTUM.Baru itu wangi.Pertama itu indah.Adakah wangian yang indah itu dipertahankan atau bakal luput seiringnya waktu..Kalau hari ini berkasih-kasihan..bermesra-mesraan..berkasih sayang..ikhtiarkan agar ia mekar begitu.Andai telah menyulam janji..bersemangatlah untuk menepati..Jika berusaha meluruskan hati jangan patah kerana caci.

HAKIKAT....

Hari ini masih ramai yang bebas tapi terpenjara.Kaki bebas melangkah namun hatinya terikat.Tindakkannya berleluasa sedangkan fikirannya tersekat..saat anak bangsa bangga menunjukkan apa yang tidak sewajar dilihat dan dibuat..ada jiwa yang berbisa bagai disiat-siat..namun tidak kurang yang girang melompat-lompat mahu melihat ada yang tersungkur dan lemah kudrat..moga jangan semaraknya bermusim..membanteras saat parah sedangkan wajar merawat sebelum lukanya parah.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

Tag : Santai
8 Komen untuk "Jangan Semaraknya Bermusim.."

Orang yang kuat adalah orang yang sabar

Macam mana nak melatih otot sabar kalau tak dilanda ujian kan

masa di uji kena selalu ingat Allah

Sebab bila Allah sayang kita

Memang makin banyak ujian datang

Maklum pun tahu orang yang paling banyak diuji dalam hidup ni

Nabi dan rasul

Lepas tu orang orang soleh dan baik baik

Sebaiknya kaji balik apa erti merdeka yang sebenarkan... termasuk diri saya kadang-kadang leka dan hanyut...

Merdeka hanya pada perkataan saja PC. Hakikatnya ramai antara kita masih di jajah dan akan terus di jajah. Bukan di jajah secara fizikal tp dari di jajah dr segi emosi dan pemikiran.

Kemerdekaan dari aspek fizikal pemerintahan memang telah berlaku, namun dalam pada merdeka, kita masih tidak merdeka sepenuhnya. Sukar nak merdeka jika penjajahan kini dtg dalam pelbagai cara dan pengaruh... moga kita semua sentiasa dilindungi dari penjajahan minda yg menjauhkan kita dariNya... aamiin.

Terpenjara tanpa sedar...memilih untuk terus dipenjara

Semoga kita cepat bangun daripada lena akibat dibuai arus kemerdekaan.

Bulan merdeka..moga fikiran kita juga turut merdeka.... :)

bila sebut pejuang. teringat pula kehidupan orang lama sebelum merdeka dulu. rasanya mereka pada masa itu mempunyai ketabahan dan kesabaran yang cukup tinggi untuk survive dalam kehidupan. Rasanya kak Perdu boleh bukukan ayat-ayat puitis akak ni dalam buku sebab ayat akak ni bersifat intelektual dan berfalsafah. Sesuai dijadikan sumber ilmiah di dalam kehidupan seharian. :)

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top