Kawalan

Kawalan

8:12 PM 1
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KAWALAN || Syukur atas setiap nikmat..sungguh..sungguh-sungguh PC merindui sahabat bligger semua..TERIMA KASIH kepada ujhuwah yang madih sudi singgah ke blog PC yang kian suram..dan dengan rasa rendah hati..PC minta maaf kerana tidak seperti dulu kerap singgah ke blog kalian..

Belajar..formal atau tidak..sepanjang perjalanan kehidupan adalah madrasah untuk kita menuntut ilmu..ketika inilah kita akan temui pelbagai ilmu..baik ambil dan amalkan..buruk sila jentik jauh-jauh..

Kawal..kawalan keselamatan..ya itu luaran untuk memastikan "seseorang" itu terjamin keselamatannya..namun kita insan sesiapa pun kawalan yang perlu sentiasa digilap dan diasah adalah bagaimana untuk kita belajar untuk mengawal diri..hati..akal..kata-kata..pandangan..malahan keseluruhannya..sukar..namun tidak mustahil..mulakan kawalan daripada dalam..in sya Allah luarannya pasti ter"acuan"..

#mencari redha Allah 
* terima kasih ukhuwah 

Wahai Anak

Wahai Anak

11:28 AM 11
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

WAHAI ANAK || Syukur pada MU YA ALLAH..PC malah kita semua adalah anak..terima kasih ibu,mama,emak,,mummy,,bonda,,ummi..ayah,papa,abah,daddy,ayahanda,abi..apa pun gelarannya..

Wahai anak..
Terimalah apa pun kondisi kedua ibu bapamu..ya sementara di dunia ini...terutama saat lelahnya,,ketika tidak berdayanya mereka..terimalah dengan rasa lapang fikiran dan dada yang paaaaaling luas..redha.

Wahai anak..
Jangan pernah terdetik dihatimu,,terlintas difikiranmu keuzuran mereka adalah beban buatmu..cuba kau fikir andai satu ketika dahulu saat kau tidak mengerti apa apa rasa itu ada pada ibu bapamu,,di manakah dirimu berada kini..jangan..jangan sesekali ada rasa hitam terhadap ibu bapamu.

Wahai anak..
Andai kau mahu dilayan baik oleh keturunanmu,mulakan terlebih dahulu melayan baik ibu bapamu,yakinlah ganjaran daripada Allah..mungkin hari ini kau tidak rela meninggalkan nikmatnya dunia lama kelamaan hatimu terlentur dengan nikmat pengorbananmu..

Wahai anak..
Ujian Allah itu luas seluas rezeki yang tersedia buatmu...asal dirimu sentiasa memperbetulkan niat..ianya pasti baik baik sahaja..percayalah tiada keuntungan yang berterusan melainkan dirimu berbakti kepada ibu bapamu selagi masih ada hayatnya..

#mencari redha Allah 
#terima kasih ukhuwah 
Seadanya

Seadanya

4:39 PM 17
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Siang malam bersilih ganti
Hujan panas juga begitu
Hilang di mata tidak dihati
Terima kasih ukhuwah sentiasa bertamu

Sekejap timbul banyaknya tenggelam
Bukan suka suka pasti bersebab
Rindu ingin berkongsi dipendam
Maafkan PC kalah dengan asbab

Toleh kanan toleh kiri
Sebelum menyeberang ke sebelah sana
Rindu hendak zuarah tidak terperi
Moga ukhuwah sentiasa baik baik sahaja

Berblog tidak semeriah dulu
Sesekali kongsi idea dengan izin Ilahi
PC undur diri dulu
Sesekali bertemu lagi

Masa terus berlalu pergi
Kita terus dimamah waktu
Aidiladha bersua lagi
Moga sirahnya tidak dimamah waktu

Sebenarnya..

Sebenarnya..

1:30 PM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Matikan persoalan dengan memperbetulkan niat.Tutuplah pada pandangan yang jelek gantikan dengan yang baik-baik.Terpulang pada diri untuk menjadi ejen yang bagaimana.😊Perdu Cinta😊