Air Mata Dan Deraian Tawa

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


AIR MATA DAN DERAIAN TAWA..

Bersilih ganti.Pada semua.Air mata - deraian tawa.
Hidup.Satu anugerah.Diikhtiarkan.Allah uruskan semua.
Rebah.Bangkit.Bersemangat.
Sabar.Redha.Tawakkal.Semampunya hamba.

Selagi berjiwa.Punya rasa.
Air mata.Deraian tawa.Bertali arus.
Hakikatnya ibarat kalah dan menang.
Si gagah bangkit.Si lemah tersungkur.

Kepayahan.Air mata.Mendewasakan.
Deraian tawa.Terlalu asyik membinasakan.
Meratapi berpada-pada. 
Tertawa beringat-ingat sentiasa. 

Menangis mengapa.Tertawa mengapa.
Selami puncanya.Boleh jadi sinis di penglihatan.
Air mata - tertawa bersahabat.Akrab.Pada satu jasad.
Kita acuannya.DIA pengizinnya.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

Tag : Santai
16 Komen untuk "Air Mata Dan Deraian Tawa"

Selagi berjiwa.Punya rasa.
Air mata.Deraian tawa.Bertali arus.

CT suka ayat2 ni.. betul selagi hati punya rasa mesti akan sedikit sebanyak akan tersentuh dan menangis. andai rasa tu da ditarik balik patut pula kita menangis sbb dah tak ada rasa..

SubhanaAllah...terima kasih Siti...begitulah kita ini manusia...dijiwa penuh rasa..

HIDUP PENUH WARNAWARNI REDA DGN UJIAN-NYA

Air mata dan ketawa sahabat tak terpisah. Cuma jangan berlebih2. Kena beringat sentiasa. Terima kasih atas peringatan ni PC.

tepat tu kak PI..redha itu biar pahit tapi sesuatu yang mesti kita lentur pada hati..

betul Sis..sederhana pada segenap hal...sama-sama Sis..

Air mata dan tertawa ada makna tersendiri..kadang air mata itu memberi makna kegembiraan dan bahagia...dan adakala tertawa itu sekadar menutup rasa hati yang sedang bergelora....gittuuuuu...haha

Maksud yg mendalam tu PC.. ������

Yeyyyy pandai..betul tu..bergantung pada individu yang merasainya..

Ketawa penghilang duka dan lara....

Betul..lagi seronok bila melihat kita ketawa orang lain turut sama ketawa..

Air Mata..keluarlah.. Smg kuat trus

Tak suka ketawa lebih-lebih sebab nanti dapat berita tak best..
Suka-suka nanti dapat duka.. Selain itu agama pun melarang kita ketawa berlebih-lebihan..

Aminn..lega ya bila dah menangis...

Betul kak LZ..itu yang sentiasa PC amalkan..ketawa berpada.

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH..

Back To Top