Cemburu?Alahai..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


CEMBURU || Normal setiap orang ada rasa cemburu.Waras.Yang bahaya bila rasa cemburu yang keterlaluan dan tidak dapat diurus dengan baik.Itu bahaya bukan sahaja pada diri sendiri malahan kepada orang lain juga.

Pandu dan acuankan rasa cemburu itu.Emosi satu yang halus.Lahir daripada hati yang sangat unik.Dengar sahaja cemburu,zapppp pasti terbayang yang negatif pada rawaknya,namun jika kena cara mengemudinya alihkan rasa cemburu itu cukup pada yang sewajarnya sahaja.Serius,memang susah.*PC sendiri banyak kali gagal*

Cemburu itu boleh membina.Cemburu juga boleh membinasa.Pengakhiran mana yang kita harapkan bergantung laluan mana yang kita sedang rentasi.Minta pada Allah agar kita tidak binasa dengan rasa "cemburu" yang ada..

Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.[Surah Al Hijr : Ayat 47]

#mencari redha Allah 
* terima kasih ukhuwah 
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Mazlan Othman
AUTHOR
August 18, 2016 at 12:12 AM delete

Wkmsalam.
Sifat cemburu.
Ada yang membawa kebaikan,
ada yang membawa kemusnahan.

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon