Sudah Mula Terbiasa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SUDAH MULA TERBIASA || Alhamdulillah kita sudah pun berjaya lunaskan puasa tujuh hari di bulan Ramadhan tahun ini 1437H..in sya Allah hari ini..masuklah hari yang kelapan..syukur..syukur..syukur kerana dengan izin NYA diberi kesihatan yang baik untuk kita terus melaksanakan rukun Islam ketiga ini..bersyukurlah kerana Allah masih lagi beri kita peluang dan ruang yang mana mungkin tidak dapat dikecapi oleh orang lain..ini pun salah satu rezeki untuk kita juga..

Minggu suai kenal sudah berakhir..PC anggap minggu pertama di bulan Ramadhan adalah minggu suai kenal..kerana pada minggu pertama inilah tubuh kita mula berinteraksi satu sama lain dan saling berpesan-pesan..bila perut sesekali berbunyi..akal akan ingatkan pada hati agar sabar..minggu pertama ini juga mengajar lidah dah perut untuk menerima dan menghadam makanan waktu awal pagi..sahurlah walau dengan hanya segelas air kosong dan tiga biji tamar..waktu tidur dan bangun juga berbeza sepanjang Ramadhan..ambillah kesempatan ini untk dating dengan NYA..

Mendidik menjadi semakin bijak...rambang mata..rambang hati..rambang nafsu..bila melihat pelbagai juadah di bazar Ramadhan..bukan menjadi satu kepelikkan..nak makan...silakan beli tapi berpada-pada..kesian perut kita..nafsu memang seringkali mementingkan kehendak sendiri..nafsu tidak pernah fikir deritanya perut menanggung beban tugas mencerna pelbagai jenis makanan..jadi jangan terpedaya..dengan izin Allah in sya Allah ada banyak lagi masa untuk kita merasa menu-menu yang ada..jika rezeki tetap kita nikmati..amin..apa yang penting jangan membazir makanan dan jangan bazirkan wang..

Anak-anak kecil..adik-adik yang pertama kali berpuasa in sya Allah sudah boleh terima situasi ini..alhamdulillah..tahniah ya anak-anak syurga semua..tak apa kalau puasa kali ini kerana termakan janji-janji manis dek duit raya..tidak menjadi masalah kalau puasa kali ini kerana hendak berlawan dengan sepupu atau kawan-kawan mungkin..tak apa...sedang berlalunya waktu..bila awak semakin dewasa..nanti kamu akan tahu sendiri bahawa ianya(ibadah puasa) perlu dilakukan dengan hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT sahaja bukan daripada manusia..

Bila sudah mula terbiasa lakukan kebaikkan jangan tinggalkan itu menjadi satu kerugian yang amat besar...tetapi apabila sudah mula terbiasa melakukan keburukkan berusahalah bersungguh-sungguh mencari jalan keluar untuk menjadi seperti baru dilahirkan ke dunia..suci..bersih..putih..

#mencari.redha.Allah
*terima kasih ukhuwah




Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
June 13, 2016 at 4:00 PM delete

Assalamualaikum PC

Bulan puasa ni saya singgah bazar ramadhan
cuma beli murtabak aje. Tu pun hujung minggu.
Azam puasa tahun ni nak masak sendiri. insya ALLAH

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
June 13, 2016 at 11:32 PM delete

Waalaikummussalam FR...alhamdulillah..ok tu sebab kalau masak dapat juga lakukan penjimatan..masal lebih boleh sambung untuk sahurkan..syukur :)

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon