Manisnya Ramadhan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Hari Sabtu datang lagi
Kali ini di bulan Ramadhan
Menu apa ukhuwah hari ini
Selagi boleh elakkan pembaziran

Bazar Ramadhan menjadi tumpuan
Untuk membeli juadah berbuka
Yang sunnah dan sunnat didahulukan
In sya Allah bertambah keberkatan puasa

Ada yang suka membeli tidak kurang yang memasak
Untuk dihidangkan kepada seisi keluarga
Jangan diabai waktu imsak
Garis panduan juga untuk kita

Sambil tunggu azan Maghrib baca kitab
Kitab ilmuan dari Jawa
Di bulan mulia tingkatkan adab
Moga meningkatnya taqwa pada jiwa

Atas meja ada balang
Balang berisi kuih untuk dirasa
Dirikan tarawih dengan hati girang
Hanya setahun sekali sahaja

Previous
Next Post »

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon