Biar Biasa-biasa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Bangun pagi pergi sawah
Sambil ketawa tidak sudah
Menu apa hari ini wahai ukhuwah
Asal tidak berlebihan sudahlah

Ayam percik dikapit buluh
Kuah kacang dibungkus penuh
Gigih peniaga hingga berpeluh
Ambillah kesempatan bersedekah kerana Allah

Bangun pagi pergi sekolah
Sikat rambut belah tengah
Berbuka puasa jangan dilengah
Moga boleh diterus dengan lain ibadah

biar biasa-biasa
Air laut sedikit keruh
Bila sauh kapal dilabuh
Elok rajin bersugi tanpa disuruh
Kalau berulang kali pula menjadi makruh


Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Khir Khalid
AUTHOR
June 25, 2016 at 11:18 PM delete

Berbuka kali ni belum makan ayam percik lagi... sate ke beberapa kalu huhu... :)

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon