Menggunung!!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum..

menggunung
Google Image

MENGGUNUNG || Besar harapan sebesar dan setinggi gunung..*begitulah perumpamaan membayangkan impian,harapan dan perasaan yang lazimnya diguna pakai*...tidak pula disebutnya seperti bukit...tidak pun busut..atau longgokkan pasir dan batu merah..betul tak..sama juga kisahnya sedang asyik syok bercintan cintun..kononnya lautan api sangup direnangi...kena gigi semut api menjerit-jerit terpekek terlolong lari lintang pukang..itu baru semut api yang gigit..salam suai kenal katanya..mukhadimmah lautan api..haha..

Lebih besar dan banyak senarai impian kita maka akan buat kita termotivasi untuk berusaha gigih bagi mencapai sesuatu apa yang kita impikan.."dreams come true"..dengan syarat bertindak!..kadang keinginan kita tidak perlu besar dan gah sangat pun asalkan kita tahu sekadar mana kemampuannya diri kita sendiri..dan secara tidak langsung boleh menjadi contoh kepada orang lain..*bukan tunjuk ke"riak"kan ya*..

Perasan?..eh bukan tapi perasaan untuk memiliki itu ada pada setiap orang..tanyalah kepada sesiapa pun ada tak rasa untuk memiliki sesuatu..jangan terperanjat dia tunjuk senarai panjang berjela..kerana harapan sebesar dan setinggi gunung itulah menjadikan kita sebegitu..lebih besar harapan lebih banyak usaha..lebih tinggi impian lebih pelbagai cabang tindakkan..waima ditanya dengan insan kurang siuman sekali pun mereka ada impian..nak kereta besar..rumah besar..isteri tidak mahu yang besar tapi cantik macam puteri dan bidadari..*eh sila jangan pandang remeh pada mereka kerana adakala cara mereka bercakap melebihi orang waras yang bercakap..dan pastinya mereka ahli syurga..ya puteri dan bidadari syurga sedang setia menanti..berbahagialah di sana*..sedangkan kita ini tidak tahu lagi nasibnya bagaimana..

Kita boleh sahaja merangka matlamat..kita boleh sahaja menyusun strategi..namun sekiranya kita berjaya pastikan jangan lupa arkitek teragung kita..jangan diabaikan jurutera terhebat kita..DIA..DIA..DIA..semua atas izin dan kehendak NYA..

*terima kasih ukhuwah..
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Siqah Hussin
AUTHOR
May 13, 2016 at 9:03 PM delete

Hihi. Senarai memiliki sesuatu untuk siqah memang panjang kak PC :D

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon