Kita Tidak Sendirian

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

KITA TIDAK SENDIRIAN || Mahu berkawan seterusnya bersahabat itu normalnya kita..hendak berpasangan semestinya itu naluri manusia malahan makhluk Allah semuanya ada keinginan itu..tiada yang kekal..tiada yang abadi di dunia ini kerana kita saling menjadi pinjaman sementara satu sama lain..bila diri mula berasa bersendirian...realitinya kita masih ada Allah SWT...

Isi kelapa muda di panggil "degan" *jawa ni*
Kelapa tua berguna santannya
Kalau hidup kita tidak berTuhan
Pastinya akan merana sentiasa

Buah kedondong dikisar halus
Jusnya diminum ditengahari
Para rasul itu hatinya lurus
Apa salahnya kita contohi

Yang menghunus pedang akhirnya menjadi sahabat
Sanggup berjuang demi agama dan ummat
Kalau hendak berasa hebat
Banyakkan yang maruf tinggal yang subhat

Kain kaabah itulah Kiswah
Sulamannya indah menutupi labuh
Bila ancaman dibalas ukhuwah
Pasti yang garang berubah hikmah
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
paridah
AUTHOR
February 28, 2016 at 9:53 PM delete

sunyi sendiri tanpa sesiapa di sisi namun Allah menemani.

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon