Warung Kopi Di Hujung Kampung

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Google image 

Warung kopi di hujung kampung
Tempat melepas lelah
Tempat mereka meluah
Tempat mereka mengering peluh

Warung kopi di hujung kampung
Biar pun kecil tapi besar maknanya di hati mereka
Jangan dipandang sepi 
Tidak usah dipandang sinis

Warung kopi di hujung kampung
Mungkin penghujungnya biasa biasa
Tidak berkemeja tidak bergosok pakaiannya
Tapi mereka menjadi pujaan anakanda anakanda

Warung kopi di hujung kampung
Tempat mereka mengisi perut
Tempat mereka membasah tekak
Tempat mereka berdebat juga
Mungkin mereka tiada segulung ijazah tapi mereka punya segunung ilmu kehidupan,,selautan pengalaman 

Warung kopi di hujung kampung
Gelanggang bertepuk tampar
Ketawa gembira berkongsi rasa
Biar berlainan ibu bapa mereka sehati sejiwa
Gurau kasar sekali sekala itu biasa bagi mereka
Jumpa di mana mana tepuk bahu juga
Berjemaah di surau pun tetap orang yang sama 
Previous
Next Post »

7 comments

Write comments
November 1, 2015 at 5:36 PM delete

Betul, walaupun berjuta restoren mewah yang kecil dihujung sana tetap mejadi pilihan.

disitu kita dpat lihat ukhuwah yang tidak dpt kita lihat di restoren mewah :)

Reply
avatar
Mardiah Diana
AUTHOR
November 1, 2015 at 7:43 PM delete

Salam singgah malam PC...kopi pekat yang memikat hati...walaupun hitam pekat tetap menawan hati para peminatnya..

Reply
avatar
November 1, 2015 at 7:49 PM delete

warung kopi lebih selesa daripada restoran mewah

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
November 1, 2015 at 10:43 PM delete

Betul...kadang kita tidak boleh pandang sekali imbas ..tapi hayati sesuatu itu dari dasar hati yang paling dalam... :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
November 1, 2015 at 10:44 PM delete

Secawan kopi pekat...tercetus 1001 cerita... :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
November 1, 2015 at 10:44 PM delete

Hehehe...sempoi dan santai.. :)

Reply
avatar
November 2, 2015 at 12:35 PM delete

betul.. walaupun tempat Lissa tiada warung.. hee tapi kalau tengok dalam tv tv tu.. mesti best kalau ada warung dekat kampung.. :D

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon