♡♡untuk semua♡♡

Advertisement
Bissmillahirahmanirahim 
Assalammualaikum ukhuwah ♡ 

Kelentang kelentung bangkit sahur
Mata kuyu ngantuk tak sudah
Waktu berbuka sangat terhibur
Itulah hadiah daripada Allah 

Lai lai mari mari
Beraneka semua ada
Bukan hanya untuk kita sendiri
Semua orang boleh membelinya

Sana Elsa sini Elsa
Olaf pula jangan dilupakan
Jangan jadi punca pembinasa
Peliharalah alam kurniaan Tuhan

Anak penyu sakit mata
Anak gonggok terpatah jarinya
Tolong menolong sesama kita
Bahagia dicipta untuk semua

Cak cak pong
Gendang gendut tali kecapi
Hidup ini jangan sombong
Kelak merugikan diri sendiri

Kassim bin Selamat
Kaki luka disapu gamat
Jangan buat buat tak ingat
Hari inikan hari Jumaat

3 Komen untuk "♡♡untuk semua♡♡"

salam jumaat dan selamat menjalani ibadah puasa kak....

hari ni dah sabtu akk :D hihihih tapi salam Jumaat jugak :D untuk minggu depan yer :D rajin akk buat pantun :D

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH..

Back To Top