♡♡tanda ingatan♡♡

Bissmillahirahmanirrahim 
Assalammualaikum ukhuwah ♡

Dingin malam..nikmat..hangat juga nikmat..alhamdulillah Ya Allah..satu pintu tertutup..pastinya beribu lagi pintu terbuka untuk kita..syukuri setiap apa yang kita ada..teruskan usaha untuk perolehi apa yang dicita..daripada Allah pastinya kembali juga pada Allah..selawat cinta untukmu Ya Rasulullah..

Sekuntum untuk sang kekasih,,biarkan dia meroyan..tidak sah belum tentu menjadi yang halal dik..baik simpan duit dalam tabung..hihi..sejambak untuk si isteri,,kerana dia hadiah daripada Allah kan..kan..sepasu untukmu wahai ibu..terapi jiwa..perawat minda..moga redhanya senantiasa bersama kita..mawar merah dipersembahkan..segarnya mewangi..keringnya kekal harum..bezanya siapa penerimanya..tapis dan telus harapnya..di mana bumi dipijak..di situ hakikat yang perlu dilalui..

Kesakitan itu ujian..kesihatan juga dugaan..kesabaran itu perjuangan..kemarahan parasit kehidupan..amaran datang pelbagai bentuk..banyak cara..macam macam kaedah..untuk mengingatkan kita..daripada DIA untuk kita..lupa itu racunnya..pujian,, ye..pujian..
boleh buat kita terbius dengan amaran Pencipta..

Jangan tersedu menangis di penjuru katil bila dikata tidak comel..tidak usah termakan dek caci yang menyengat..kerana hati kita yang sedang Allah pantau dan pandang..jadilah insan yang bijak dan hebat di mana hebat dan bijaknya itu tidak menyakiti insan lain dan tidak merasakan dirinya berada di atas..kan SEMUA ALLAH PUNYA..
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Kakzakie
AUTHOR
April 22, 2015 at 8:16 AM delete

Begitulah betapa pentingnya gerak rasa mata, hati dan akal bila mahu bertindak kena diseiringkan. Kalau setakat nak membeli bunga tapi matlamat membawa dosa berpanjangan baik beringat jgn sampai jadi parasit hingga mampu buat diri tersadai sendu ditepi katil

Baik hias atas meja boleh buat terapi mata ramai ada ganjaran tanpa sedar..

Reply
avatar
Gee Lion
AUTHOR
April 22, 2015 at 4:06 PM delete

simpan utk yg halal lebih berbaloi kan cik jua. pahala pon dapat.. ^_^

Reply
avatar
RuMaH TuA
AUTHOR
April 24, 2015 at 9:38 PM delete

Kak zura....
Iqa da repe mana yg patut...
Da bole updet...
Hee....

Menolak keburukan jua penghampiran diri kepada Allah. Bergembira dengan kebaikan.

Reply
avatar
Zizie Zack
AUTHOR
April 26, 2015 at 12:27 AM delete

tangan yang memberi tu lebih bagus daripada yang menerima. yang penting, niat. :)

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon