::..TerakaM..::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Yang berlalu itu kenangan,saat ini kenyataan,esok..masih lagi kerahsiaan..walaupun telah dibuat perancangan..ingat,,sebaik-baik perancang adalah Allah..yakin dan bersangka baiklah J..ada kenangan yang boleh kita imbas kembali berkali-kali..kan zaman serba canggih..kalu zaman Allahyarham P Ramli serba hitam putih..sekarang colourful..tak gitu..bertingkek-tingkek la album gambar kat dalam almari tu..koleksi peribadi 7 keturunan katanya..hehe..insyaAllah..

Kita ini adalah sebaik-baik kejadian dan ciptaan daripada NYA..comel serba serbi..jadi tak payah nak berdiri depan cermin sampai bersawang bulu kening ye..dah memang Allah cipta kita ni sweet belaka..bagi yang tahu menghargai dan mensyukuri..redha dan terima seadanya..alhamdulillah..jangan sesekali kita melawan fitrah yang telah ditetapkan kelak binasa diri..andai terlajak,kembalilah mohon keampunan padaNYA..boleh asalkan nak..5 deria ,,mata,telinga,hidung,lidah dan kulit..mampu merakam dengan cara tersendiri..masing-masing tahu tugas masing-masing..yang penting kita gunakan pada tempatnya,,bukan teropong nenek jiran mandi,bukan curi dengar bilik tidur pengantin baru,jangan sengaja menghidu gam,lidah tu jangan asyik nak bercabang je..hehe..ermm kulit yang sering disapu minyak zaitun itu..jagalah agar tidak bersentuh dengan yang bukan muhrim..

Kita hidup di bumi Allah ini ada tugas masing-masing..ada tanggungjawab  yang perlu di galas juga dilunaskan..antara kita sesama manusia,,dan antara kita dengan alam semesta..juga yang paling utama antara kita dengan Allah si Pencipta segenap alam..baik buruk yang kita lakukan terakam indah dan kemas..menanti perhitungan di sana kelak..buat kesalahan di dunia sesama kita,,minta maaf,,you redha..i ikhlas..jom belanja makan settle bro..cantik sis..ermmm..tapi buat dosa dengan Allah pula kita bertaubatlah dan mohon keampunan dariNYA..anak nak masuk syurga mesti taat dengan ibu bapa..isteri nak masuk syurga kena taat dengan suami..manusia nak jadi penghuni syurga wajib taat pada Allah..
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
January 15, 2014 at 11:07 AM delete

betul tu PC, bersangka baiklah kita kepada Allah SWT...

Reply
avatar
Deqla Manjew
AUTHOR
January 15, 2014 at 12:37 PM delete

berdosa ubah kejadian Allah tu.. tanda kita x bersyukur... setiap kejadian tu ada kelebihannya... yakini Allah.. =)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 15, 2014 at 1:27 PM delete

aah..kena sentiasa bersangka baik..kalau tak nanti Allah tak bagi hadiah syurga pada kita.. ^_*..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 15, 2014 at 1:29 PM delete

bila kita ubah seolah kita tak yakin dan memperkecilkan ciptaannya..sedangkan setiap apa yang Allah cipta dah cukup sempurna.. :)

Reply
avatar
Cik Yaya
AUTHOR
January 15, 2014 at 2:31 PM delete

Assalamualaikum kak...
Bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Ada hikmah semua tu diciptakan... Niat kerana Allah, redha dengan semua yang diberi..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 15, 2014 at 5:37 PM delete

Waalaikummusalam yaya..hidup mati kerana Allah..Islam itu sendiri bermakna kita berserah pada Allah SWT..

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon