^,^aPa yAng DiTiNgGaLkaN*,*


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Bermula daripada seorang hamba,setelah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata..dia bebas daripada menjadi seorang hamba..hebatnya keluarga ini menjadi yang pertama memeluk Agama Islam..juga yang pertama mati syahid dalam menegakkan dan mempertahankan kesucian Agama Islam..Sumayyah,,suaminya Yasir,,dan anak mereka Amar..bukti cinta sejati ,,lambang keteguhan iman yang suci..
--------------------------*************************----------------------

Ibarat pepatah..harimau mati meninggalkan belang,,manusia mati meninggalkan nama..

Semua terletak pada kita,,keputusan kita,,kesanggupan kita dalam melaksanakan sesuatu kebaikkan mahupun kejahatan..terpulang..terpulang la pada kita..asal tidak tepuk air di dulang percik ke muka sendiri..asal tidak ludah ke langit dan jatuh atas muka sendiri..you are what you think.. J..jadi berfikir dahulu sebelum bertindk melakukan sesuatu..kerana kesannya tidak saja pada kita malahan tempiasnya pada keturunan kita..

Apa yang keturunan kita harapkan??pernah tak terfikir  *,^ !!..sambil garu kepala..duduk bawah pokok mangga..kaki bersilang raja..dan apa yang nak kita wariskan pada mereka..daripada kita memberi ikan setiap hari adalah lebih baik kita ajarnya memancing..tapi sampai waktu solat..solatlah..tak salah..tak ada duit brli impan..cari cacing..boleh??

Emas,intan permata,rumah 3 tingkat,kereta 3 biji,kebun berekar,bantal busuk yang ada banyak peta supaya tidak sesat bila melancong dalam mimpi,tuala mandi yang kusam,cermin mata bingkai senget sebelah,gigi palsu..atau ilmu yang berguna  untuk dimanfaatkan juga nama yang baik terpelihara..?? (^,*)...

Harta,wang ringgit boleh kita cari..namun nama yang baik,,itu sangat sukar dicari..kalaupun kita mati biarlah kita tinggalkan keturunan kita dengan bermaruah,,dengan pujian bukan cacian lantaran kisah silam kita..tergamakkah kita melihat anak kita 24 jam memakai headphone gara gara tidak tahan mendengar umpatan orang,,sangupkah kita melihat anak isteri atau suami kita keluar rumah tatkala malam sahaja berselimutkan narita lusuh kerana takut diekori kaki pukul..atau direjam dengan telur burung puyuh busuk??..

Fikirkan..kerana kita adalah punca..baik akhlak kita maka baiklah kisahnya..andai sebaliknya..maka sedihlah mereka yang kita tinggalkan..wassalam J
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
June 16, 2013 at 11:35 PM delete

betul tu kak.. manusia sekarang, kejahatan yang satu tu la dorang nak riuhkan sekampung daripada seribu kebaikan yang kita lakukan..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
June 17, 2013 at 10:27 AM delete

sikap suka mengaibkan itu masih menebal la zie..moga kita pelihara diri,akhlak dan iman kita *,0

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon