>>SabAr jE La :::

Advertisement

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Bola..bola..bola..tua,,muda,,besar ,,kecil..dah tak kira boleh dikatakan semua sama saja..suka sangat dengan bola..fanatik sakan la kategorinya tu..tak kira la perlawanan dalam negara atau antarabangsa,,piala dunia..dan sewaktu dengannya..sorry kalau saya silap sebab bukan peminat fanatik sukan bola sepak..kalau en suami tengok perlawanan di televisyen tu pun sekadar dengar saja..bila gol..sama-sama juga gelak..dalam hati alhamdulillah gol juga setelah bertungkus lumus pemain menendang bola,,tak sia sia usaha para pemain..pendek kata tengok ok,,tak fokus pun tak ada rasa ralat dihati..buat masa inilah..tapi mana tahu satu masa dan ketika nanti berubah menjadi peminat fanatik dan bombastik..wah masa tu nanti mau retak dinding rumah dengar high volume suara bersorak..hehehehe..

masyaAllah..jangan..jangan..biarlah besederhana saja..maklumlah hati kita ni terlalu mudah berubah.. J semoga Allah teguhkan pendirian hati ini..amin J..biasanya kalau malam ada siaran langsung perlawanan bola sepak di  televisyen..maka secara tidak langsung esok paginya akan kedengaranlah cerita cerita daripada para isteri dan anak anak..si suami pastinya bersembang di tempat kerja dengan rakan rakan lain..betul tak..ha yang ini siaran langsung dari mulut ke telinga..dari pintu ke pintu..

kalau dulu kaum lelaki lebih fokus terhadap sukan bola sepak ni tapi kini kaum wanita turut meminati sukan ini..minat nak menonton la..hehe.. *_^..awal pagi lagi..suara anak anak kecil riuh bersembang pasal perlawanan bola malam tadi..anak anak ini terlalu excited..ada yang suka harimau sebab harimau kuat lari katanya..garang macam ayah pulak tu..alahai..rasanya ni mesti sokong Malaysia kan..harimau tu..huhh tapi lagi sorang tu pulak kata,,kita suka gajah sebab gajah besar,,gajah boleh angkat kayu balak,,kita boleh jalan jalan naik atas gajah..aduhai..takkan sokong Thailand kot..ni mesti baru balik bercuti pergi naik gajah..risau ni dalam hati..tiba tiba tak berapa minit anak anak ni main lumba lari..sorang pegang watak harimau..sorang lagi watak gajah..hurmmm anak yang pegang watak harimau ni menang..jadi yang lagi sorang merajuk sebab kalah..akhirnya yang kalah tu bertukar nak jadi watak harimau juga sebab nak menang..hehe..

tulah anak anak yang masih belum mengerti..lucunya la hai..nasib baiklah sekarang ni masih lagi mood cuti sekolah tapi mereka tetap bangun awal..mungkin nak buat report pada kawan kawan agaknya..tu yang bersemangat..****tak kira sukan apa sekalipun..badminton,ragbi,sepak takraw,golf,pingpong dan bola sepak sekali pun..mainlah kerana ia adalah salah satu cara untuk kita beriadah..membantu menyihatkan badan tak kira bersama ahli keluarga..rakan rakan atau sesiapa sahaja..namun batasannya tetap ada..walaupun kita minat bersukan..jangan sampai lalai dalam menunaikan  ibadat solat..

Rasulullah juga beriadah,,bersukan,,baginda menunggang kuda dan memanah..dan kita juga digalakkan untuk belajar menunggang kuda,,belajar memanah juga berenang..ini adalah salah satu sunah Rasulullah SAW..dalam bersukan juga kita perlu mendapatkan keberkatan daripada Allah..dengan syarat kita tidak mengabaikan suruhanNYA..insyaAllah apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan..cemerlang pada pandangan manusia juga hebat pada pandangan Allah..super hebat..

Wassalam (O_0)
4 Komen untuk " >>SabAr jE La ::: "

Assalamualaikum...

Alahai bola...

Itula budak-budak.
Kecik2 semua watak merasa.
Dari ayah, emak, penjual, pembeli sampai2 gajah & harimau jugak... Hee~~~

Moga Allah kasih. ^^,

Waalaikumussalam..terlalu indah melalui zaman rebina..tapi melalui usia remaja pula banyak yang manis..manakala melalui usia dewasa dan tua sangat-sangat indah dengan 1001 kemanisan..lebih indah dan manis jika dengan redha Allah..amin..

Salam.

berkesempatan ziarah belog niii
: )

pasal bola yeee
yelaa..musim bola kan skunk..piala AFF..ehh
hupdate jugak kter..heee
Sana-sini duk cakap pasal bola kan..
lw kalah, dikeji, menang dipuji..
moga2 kita tak tergolong lamm golongan cmni..
ttp skong mereka..klh mng adat laa tuh kan
heee
: )

*Dan dlm bola juga, jika kita tengah “leading” tak bermakna kita akan memenangi perlawanan. Itu hakikat dalam bola sepak, begitu juga dalam kehidupan.renung2kan : )

betul..erti persahabatan dan sokongan sama..susah senang,,kalah menang tetap bersama bersatu hati..maka terpancarlah keikhlasan dalam hati..

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top