~~{}{}{} mOGa cIntA tidAK bErtEPuk seBelAh tAnGan {}{}{}~~


Bismillah..assalammualaikum..
salam sejahtera.. *_*

tiada kata seindah bahasa,tiada wajah seindah rupa,tiada ibu bapa tiadalah kita..dengan izin Allah melalui ibu kita lahir ke dunia..alhamdulilllah..sayangi ibu bapa kita ye,,tidak kira sama ada mereka masih ada di dunia ini atau sudah tiada lagi..bagi yang sudah ketiadaan ibu bapa,,jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka..moga kita akan bertemu mereka di syurga..

jangan lupa ucap syukur kepada Allah Maha Pencipta ye..kita sebagai manusia tidak kira siapa dan di mana,,semuanya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya..bukan saja berjaya dalam bidang pekerjaan..malahan termasuk jugalah berjaya dalam percintaan..betul tak?..betulkan?ala jangan nak malu-malu..baik mengaku..jujur la..hehehe,,

murid-murid tadika pun dah pandai nak cari kawan..biasalah mana taukan boleh jadi teman sehidup semati..tak mustahilkan berkawan dari zaman ribena..hingga ke jinjang pelamin..berpisah..bertemu..bergaduh kemudian berbaik semula dan akhirnya menjadi teman perkongsian segala suka duka dan pahit manis..tiada apa yang mustahil dengan kehendakNYA..

ada juga yang brcinta berpuluh kali tapi masih belum berjaya mengakhiri status bujang..belum jodoh la tu..usaha lagi ye..bercinta ini indah dan manis..terlalu manis jika sentiasa indah..dan akan menjadi terlalu pahit jika sentiasa bergelora di landa badai..sesiapa pun akan berasa kecewa andai dilukai,,andai disakiti ..andai didustai..lebih-lebih lagi sakitnya andai cinta tidak dihargai..frustnya la hai sampai menangis bengkak mata..guling-guling atas katil..tulis berjela-jela dalam diari ..sambung lagi luahkan perasaan dengan kawan-kawan..begitulah adatnya kita ni sebagai manusia meluahan rasa kecewa di hati..

besederhanalah dalam segala tindakan termasuk dalam soal perasaan..agak sukar kita ingin melihat seseorang itu menangis dan berduka  takut kalau Allah tak terima cintanya..tak terima amalannya,tak sudi nak pandang wajahnya..payah sangat kita nak lihat orang tersedu sedan menangis memikirkan bagaimana hubungannya dengan Allah..

adakah cintanya disambut..adakah rayuannya didengari ILAHI..payah dan terlalu sukar..sikap manusia yang mudah lupa menyebabkan kita kurang sedar betapa kita wajar menadah tangan kepada Allah dalam setiap keadaan dan situasi..tidak kira ketika susah atau senang..suka atau duka dan sihat atau sakit..sewajarnya  kita mencintai dan menyayangi PENCIPTA kita terlebih dahulu sebelum menyintai dan menyayangi ciptaanNYA..

wassalam
Previous
Next Post »

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon