Terapi..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalammualaikum..

TERAPI || Tekanan baik dari diri sendiri atau pihak lain itu lumrah...mainan kehidupan...yang penting bagaimana kita mengemudinya agar tidak ke tahap bahaya dan membimbangkan...

Banyak cara yang boleh dijadikan terapi untuk kembalikan energy pada fizikal,mental,emosi dan highlight juga pada rohani..

●•°Membaca
Al Quran itu pastinya terapi terbaik...Biarpun bahan bacaan yang ringkas dan santai sebenarnya itu yang sangat diperlukan untuk membantu emosi yang sedang memberat...

●•°Keluar daripada situasi
Bukan bermakna lari daripada masalah tapi cari ruang untuk tenangkan diri sambil mencari solusi yang terbaik...amin...

●•°Ibadah
Salah satu cara untuk jentik jauh jauh pelbagai aura negatif yang menguasai diri..

●•°Membeli belah
Sekiranya masih boleh mengawal diri silakan...jika sebaliknya elakkan membeli belah sebagai terapi diri...takut takut timbul permasalahan lain..

●•°Cuba menu baru
Ahakkkk...ada orang bila emosi terganggu selera makan pun merudum...tapi tak kurang yang bila emosi tak stabil masa itulah nafsu makan mencanak canak sampai langit yang paling atas...

●•°Dekatkan diri dengan alam
Melihat alam semulajadi..hutan,lautan,langit..ya kita boleh muhasabah diri..bercucuk tanam mungkin...atau pelihara ikan ke...mengapa tidak...mudah tapi seronokkan...in sha Allah..

Apa cara sekalipun yang kita lakukan berpada-pada..sentiasa...lemahnya kita sebenarnya sedang diuji dengan masalah...awas..

●•°ðŸ˜‰terima kasih ukhuwah..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Tekanan dan masalah sentiasa ada dalam kehidupan seharian. Boleh guna pelbagai cara kan kak PC :) moga mendapat ketenangan dengan memujuk hati kembali.

    BalasPadam
  2. Perkongsian yg baik buat panduan dan renungan kita semua... t kasih PC.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama