Teruslah Ingat DIA

TERUSLAH INGAT DIA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


TERUSLAH INGAT DIA."Mengingat". Untuk mengingat bagi sesetengah orang menjadi satu kepayahan dan ada juga yang mudah untuk mengingat. Rezeki sebenarnya. Bagi yang mudah mengingat sentiasa bersyukur. Bagi yang sukar untuk mengingat jangan gundah,in Sha Allah ada solusinya. 

Teruslah ingat DIA. 

Bersyukurlah kerana di hidupkan.Hidup dan kehidupan yang Allah beri kita hari ini adalah rezeki. Allah SWT pilih kita ,beri kesempatan pada kita pastinya bersebab.Setiap yang dilihat.. Setiap yang didengari.. Setiap yang dinikmati.. Bukankah itu alasan kukuh untuk kita manusia terus mengingati DIA .Terus dan sentiasa sedar diri bahawa kita ini hamba-NYA. 

Kuncinya DIA pandang kita. Kalau kita buat baik pada sesama manusia dan sesama makhluk lain pun,kebaikkan itu datang kembali kepada kita tanpa disedari biarpun bukan dengan cara kebaikkan sama yang seperti mana kita lakukan. Bagitu jugalah dengan Allah SWT. Kita tidak tahu pun kebaikkan mana yang Allah angkat dan terima,namun moga dengan amal ma'ruf itu Allah SWT sudi memandang kita. 

Sekian.


7 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.