Salam 2021 Lembaran Januari

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SALAM 2021 LEMBARAN JANUARI.Allahuakbar.Alhamdulillah.Terima kasih Allah.SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN BAHARU 2021 semua sahabat blogger yang PC hargai dan hormati.Hari ini hari pertama ditahun 2021.Hari ini Jumaat pertama juga ditahun ini.Allahu.Penghulu hari mengetuai pembukaan langkah dan hari pertama ditahun baharu.MasyaAllah.

Salam 2021 Lembaran Januari
Salam 2021 Lembaran Januari

Salam 2021 lembaran Januari.Semalam kita tinggalkan.Penutup ditahun 2020.Barangkali masih ada kisah dan babak yang diheret ke tahun ini,tidak mengapalah kerana sesuatu itu pasti bersebab dan berhikmah.Tahun berganti.Akan terus berganti.Ada sesetengah perkara perlu kita ubah untuk menjadi lebih baik dan sempurna sekadar selayaknya dan semampunya serta seboleh atas hakNYA membenarkan.Ada yang sememangnya tidak boleh dan tidak perlu pun kita ubah dan jangan terlintas pun untuk mengubah.

Siapa pun selalu menginginkan sesuatu yang baik-baik,indah-indah dan manis-manis namun selagi namanya hidup,begini dan begitu tentunya ada.Tidak kita orang lain.Tidak orang lain mungkin kita pula.Begitulah kehidupan di dunia ini yang ada pelbagai ujian dan helah.

Dalam merintih dengan setiap dugaan jangan alpa dengan banyaknya nikmat tidak terhitung.Untuk kita.Untuk ibu bapa kita.Adik beradik dan keluarga juga.Ingat,ujian dan nikmat itu ada nilainya yang tersendiri.

Allahuakbar.Hari pertama dah hari ini.Banyak sangat lagha sebelum ini.Moga tahun ini Allah SWT terus memberi lagi peluang dan ruang serta kepercayaan untuk PC menjadi hambaNYA.Menjadi anak dan isteri yang lebih taat dan solehah.Lebih tekun dan perbaiki beribadah kepadaNYA.Lebih tahu diri.Moga Allah SWT memberi kepercayaan kepada PC dan en suami menggalas tanggungjawab sebagai ummi dan abi.Selebihnya PC terus usaha,doa dan tawakkal kepadaNYA.

Januari.Bulan yang selalu akan mama ceritakan banyak kisah-kisah indah dan cabaran menjadi seorang ibu.Kerana bulan ini adalah bulan kelahiran pemilik blog Perdu Cinta -Jua Azura.

Terima kasih tidak pernah cukup untuk setiap tanggungjawab,jasa dan pengorbanan mama melahirkan Jua.Babah mencari nafkah.

Wahai Allah,
Engkau haramkan api neraka mu menyentuh tubuh mama dan babahku kelak
Engkau hadiahkanlah seindah-indahnya syurga FirdausMU ya Allah untuk mama dan babahku kerana itulah sebenar-benarnya hadiah dan erti kebahagiaan daripadaku seorang anak kepada mama dan babahku.Aamiin.

Sekian.

Cahaya biar kecil tetap terang.




4 comments:

  1. Alhamdulillah sampai ke tahun 2021 dah.. Amin untuk segala doa pemilik blog- Jua Azura.. Salam 2021 yeah!

    Nak wish Happy Birthday awal awal lah.. leh tak.. hihi.. Moga PC keep spread positive vibes and happy blogginggg!

    ReplyDelete
  2. salam tahun baru PC..moga kita terus diberikan kesihatan yang baik dan mampu membuat amalan yg lebih baik

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.