Penangan Aura Kampung Halaman

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

PENANGAN AURA KAMPUNG HALAMAN.Sejauh mana merata terbang sang burung tetap akan pulang ke sarangnya juga.Ibarat pepatah bagai sireh pulang ke gagang.Itulah PC dan en suami.Dan PC rasa tentu ramai yang seperti kami yang sentiasa ingat dan selalu mahu pulang ke kampung halaman masing-masing.Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat kelahiran.Allahu.

Banyak hal seronok yang Allah SWT beri dan PC nikmati.Baik yang sudah terjadi dan berlalu pergi atau yang masih dalam bayangan minda dan hati.Namun dalam banyak nikmat dan keseronokkan itu,pulang ke kampung halaman adalah salah satu yang menyumbang rasa keseronokkan yang luar biasa dan sangat besar pengertiannya.Bila di rumah asyik ingat kampung.Nak balik kampung.Tapi bila sudah balik kampung entah kenapa tidak ingat rumah pun,kalau tidak kerana tuntutan tugas en suami rasanya kami ralit lebih selesa dan menikmati apabila berada di kampung halaman.Bukan bererti tidak mensyukuri nikmat Allah izin berhijrah ke negeri lain ya.Syukur sangat-sangat.Tambah ilmu,timba pengalaman.

Lebih sukar dan lama tidak pulang ke kampung rasa berat hati untuk meninggalkan kampung itu lebih tebal dan parah sebenarnya bagi kami.Rasa seperti baru semalam sampai di kampung eh hari ini sudah berkemas untuk pulang semula ke kediaman sendiri.Allahu.Penangan aura kampung halaman luar biasa sebenarnya.Bagi sesiapa yang ada kampung ditambah dengan masih ada orang tua,baliklah sekerap yang boleh.Andai orang tua sudah tiada pun tetap juga pulanglah ziarahi pusara mereka.Ziarah saudara mara yang masih ada.Kecuali memang ada kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Kadang kampung halaman kita biasa-biasa sahaja pun tapi nilainya yang dekat dan sebati dengan diri kita itu luar biasa.Menjadi terapi tanpa sengaja.

Sekian.

Semua menjadi indah pada waktunya.

4 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.