Kritikan Dan Pujian

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KRITIKAN DAN PUJIAN | Kritikan itu menyakitkan.Daripada kritikan itu kalau silap ambil isinya boleh jadi semakin memburuk.Sekiranya diambil dari sudut baiknya tidak mustahil seseorang itu boleh bangkit dan terus teguh.Lihat apa yang dikritik.Lihat juga siapa yang mengkritik dan dikritik.Dalam kritik lazimnya ada rasa kecewa dan marah.Kritikan itu ibarat api..pujian itu umpama air.

Sangat mudah melontarkan kritikan berbanding memberikan pujian.Hakikatnya begitu.Manusia sering pasang surut ketenangan fikiran dan emosinya.Sesekali wajar dikritik..dan jangan pernah lupa untuk memberi pujian juga.Ada pasang dan surut.Ada panas dan sejuk..maka ada kritikan dan pujian.

Tidak semua keburukkan atau kesilapan..pasti ada sisi benar dan kebaikkan pada sesiapa pun..maka kritikan dan pujian itu sebolehnya biar tidak setara tetapi jangan terus memberat salah satu daripadanya sahaja.Kritik sahaja tak boleh.Pujian semata pula berbahaya.

Jangan kata manusia..haiwan yang tidak berakal pun seolah faham bila dimarah..bila dikritik..apatah lagi bila dipuji cuma makhluk selain manusia ada cara mereka tersendiri berkomunikasi satu sama lainnya yang mungkin dapat sedikit kita fahami.

Sesiapa pun ada hak mengkritik dan berhak dikritik.Jadi sesiapa juga ada hak memberi pujian dan berhak menerima pujian.

Sekian.

6 comments:

  1. PUJIAN DISULAMI KRITIKAN TENTU TERBAIK

    ReplyDelete
  2. Pujian tak semestinya kita hebat
    Kritikan tak semestinya kita khilaf

    ReplyDelete
  3. dari kritikan itu dtgnya semangat untuk menjadi lebih baik

    ReplyDelete
  4. Pujian it jgn sampai melalaikan

    ReplyDelete
  5. both is necessary but berpada2 la..jgn terlebih pula :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.