Ucap Jangan Sembarangan Ucap

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

UCAP JANGAN SEMBARANGAN UCAP |Mulut manusia ni memang sangat ringan.Ringat melayang-layang bila bercakap.Sampaikan terkadang tidak sedar dengan siapa sedang kita ajak bercakap.Main libas semuanya.Main hembus ikut suka.Asal rasa puas hati lega sangat rasanya ya.Orang lain sakit hati ke tidak.Tidak diambil pusing.

Dengan sesiapa pun sahaja ucap jangan sembarangan ucap.Kadang kita cepat sangat lupa dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak pada orang.Ada orang daya ingatannya sangat tajam.Apa kita ucap sepuluh tahun lepas pun dia masih ingat dan boleh ulang semula setiap ucapan kita.Itu belum lagi dia catat dalam diari.Sesetengah orang yang cakap dan yang mendengar sama-sama mudah lupa.Lagi satu,ada juga yang ucap ingat apa yang dia ucapkan,yang diajak bercakap itu sudah lupa pula.

Tidak kiralah diposisi yang bagaimana,ucapan kita boleh menjadi seperti satu janji.Ucapan kita itu boleh menjadi satu harapan kepada orang lain.Bila-bila masa orang lain boleh tuntut untuk kita tunaikan atau realisasikan.Berapa ramai yang sanggup bunuh diri gara-gara ucapan yang diucap dimungkiri.Sudah ramai yang bergaduh dan bermusuhan kerana ucapan yang manis di awal menjadi pahit diakhiran.

Ucap ikut suka itu sangat berbahaya.Ucap ikut suka hati nanti memakan diri sendiri.Jagalah.Tergelincirnya lidah itu buruk akibatnya.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Astaghfirullahalaziimm.

    BalasPadam
  2. betul tu lagi kalau wktu marah baik diam

    BalasPadam
  3. pepatah Inggeris, Be sure to taste your words before you spit them out :D

    BalasPadam
  4. sebba tu ada pepatah lidah lagi tajam dari mata pisau. sekali tertusuk susah orang nak lupa.

    BalasPadam
  5. Betul tu. Jadi, berhati-hatilah dalam berkata-kata agar tidak menyesal di kemudian hari...

    BalasPadam
  6. Itulah orang kata makan boleh sebarang makan tapi cakap jangan sebarang cakap punyalah nak bezakan tu betapa kena berhati-hatinya dalam bertutur kata

    BalasPadam
  7. Semoga kita beringat selalu menjaga lisan kita bila berkata kata dengan sesiapa juga.

    BalasPadam
  8. Walaupun orang kata , "mulutnya saja jahat, hatinya baik" tapi bagi saya cara kita bercakap menggambarkan siapa diri kita.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama