Header Ads

Tidak Terluah Dengan Lisan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TIDAK TERLUAH DENGAN LISAN | Ringan dan sangat terbuka berkongsi sesuatu.Itu sesetengah orang.Diam,telan dan pendam atau simpan.Itu sesetengah yang lainnya pula.Lain orang kan lain caranya.Setiap orang ada buku takdir masing-masing.Ada pekej masing-masing juga.Buat dulu kemudian menyesal.Pun adakan macam tu.Sebelum buat fikir sampai puas hati.Pun ada juga macam ni.Nampak tak?!.Begitulah ragam manusia.

Tidak terluah dengan lisan.Kadang kalau suatu yang dihadapi atau dilalui itu sangat berat,tidak mampu juga terluah dengan lisan.Sehinggalah ianya keluar dan mengalir deras menjadi air mata.Nah di situ kemuncaknya sehingga boleh di kesan oleh orang lain secara tidak langsung.Waktu yang paling sering terjadi adalah ketika solat.Solat adalah ibadah yang di dalamnya tersimpan banyak hikmah.Lebih-lebih lagi ketika sujud.Maka pecahkan segala apa yang terbuku dan tersimpan.

Media sosial.Bicara melalui keyboard dan jari jemari.Ada baik dan buruknya bila tidak terluah dengan lisan kemudian meluahnya di sini.Memilih untuk meluah cara terbuka itu bererti sudah bersedia untuk sebarang atau setiap kemungkinan yang perlu ditanggung bukan sahaja diri sendiri malah insan-insan yang hampir dan mengenali kita juga kerana mereka akan tetap mendapat tempiasnya secara tidak sengaja.

Percaya atau tidak sebahagian besar terjadinya gangguan emosi disebabkan banyak yang dipendam tidak dilisankan.Sedikit demi sedikit bersarang dan mengusut dalan jiwa dan fikiran tanpa disedari.Jangan pernah ambil mudah dan pandang ringan bila merasa sesuatu yang tidak selesa dihati dan fikiran.Segera mencar cara untuk menyelesaikan dan mintalah bantuan pada yang sepatutnya.Daripada emosi tidak mustahil akan melarat kepada gangguan kesihatan juga.Kemurungan hingga tidak mahu makan,abaikan pengurusan diri dan bertindak di luar kewajaran.

Kalau pun tidak mahu lisankan dengan sesama insan.Luahkan sungguh-sungguh dengan Tuhan.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya



5 comments:

  1. betul, kadang-kadang diam tu lebih baik, lebih baik pendam jer semuanya sendiri.

    ReplyDelete
  2. ahah betul tu, ada benda kadang rasa sampai tak tau nak luah kat siapa, luah pada Allah je la..huhu

    ReplyDelete
  3. baru semalam borak dengan suami pasal ni..bahayanya lisan kita bila terbuka aib orang lain...

    ReplyDelete
  4. Jika dipendam, kadang menjadi dendam. Luahkan pada Allah, kadang perlu jg kita luah pada org yg dipercayai

    ReplyDelete
  5. susah kalau bab perasaan ni kan... susah nak control

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.