Header Ads

Mati Rasa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MATI RASA |Sihat.Segak.Anggun.Punya semuanya.Daripada sudut pandangan arah mana sahaja pun serba lengkap,sentiasa cukup.Boleh dikatakan sempurna sekadar selayaknya hambaNYA.Namun yang tetap membezakan adalah dalamannya yang tidak terlihat yang mampu diselindungi.Hidupkah rasanya.Atau sudah matikah rasanya.Sihat rohani dan sihat jasmani adalah sangat-sangat penting.Ianya sangat mempengaruhi seseorang.

Setangkai kurma harim baunya
Tidak dinafi lazat rasanya
Menyiksa menjadi mainan sentiasa
Sudah matikah rasa dijiwa

Sudah matikah rasa dijiwa
Atau matinya sebelum mati
Tidak menyentuhkah derasnya air mata
Dipandang sepi dibiar mati

Dipandang sepi dibiar mati
Pudarkan sedikit hitam dihati
Hilang ke mana rasa empati
Mendewakan dendam kesumat dihati

Mati rasa itu berbahaya.Lebih bahaya hidupnya cuma bila ada mahunya.Mempergunakan yang lemah.memijak yang sedang bangkit.Nanti diri sendiri bakal menanggung sakit.

Sekian.

Sama-sama mencari redha Allah swt

11 comments:

  1. mati hati n jiwa siksaan perasaan

    ReplyDelete
  2. mati rasa akan tersiksa jiwa sendiri dan orang lain..

    ReplyDelete
  3. Mati rasa buat seseorang tu dah tak ada apa-apa rasa lagi dah..

    ReplyDelete
  4. kadang2 ada juga rasa macam tu :(

    ReplyDelete
  5. mati rasa klu, nikmat dunia hilang :(

    ReplyDelete
  6. "Mati rasa itu berbahaya" . betul, orang acam ni dia tak ada perasaan pun kat orang lain atau kat Tuhan, buat salah dengan Tuhan pun dia tak rasa apa-apa, ambik rasuah, bunuh orang, perompak, semua dia rasa itu adalah 'BIASA' - semata-mata untuk puaskan nafsu sendiri yang tamak haloba dengan kemewahan dunia

    ReplyDelete
  7. mati rasa bila dah tak berperikemanusiaan dan dah tak ada perasaan..

    ReplyDelete
  8. Allahu. Amarah menguasai diri, d sana la mati rasa bertindak

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.