Header Ads

Jaga Akal

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

JAGA AKAL.Ada otak tidak berakal itu haiwan justeru tidak hairan dan jangan marah kalau mereka buat silap dan ulang kesilapan itu,namun begitu haiwan ada deria dan daya ingatan yang baik selain kepintaran luar biasa.Walaupun haiwan jangan sesuka hati dianiaya dan diperkecilkan.Kecuali kau kebal azab Allah SWT,maka persilakan zalimi haiwan atau sesama makhluk yang lain.Berbanding manusia yang Allah kurniakan otak yang berakal,bererti boleh membezakan hitam dan putih.Lurus dan bengkok.Itu pun kadang tergelincir jugakan.PC pun tidak terkecuali.

related image

Jaga akal agar sentiasa waras dalam membuat pertimbangan bukan senang woo.Lagi-lagi bila nafsu sudah menguasai diri.Parah.Semua boleh jadi tidak tentu hal kacau bilau serabut serabai semua jadinya.Sebenarnya banyak faktor yang mempengaruhi ketidak warasan akan kita.Tekanan hidup yang terlalu berat juga pun boleh menjadi asbabnya.

Justeru itu mengapa kita perlu sangat menjaga solat.Benarlah solat itu tiang.Lima tiang yang menyokong dan menjadi asas kukuhnya ibadah atau perbuatan baik yang lainnya.InshaAllah jaga solat akal kita sentiasa positif,tenang dan cerdas.Aamiin.

Sekian. 


5 comments:

  1. kalau panjang akal? Kadang2 bagus. kadang2 tak bagos

    ReplyDelete
  2. Semoga akal fikiran kita waras, sihat.. bila kena pkp kali ni lebih ramai terkesan semoga mental kuat.

    ReplyDelete
  3. Semoga dikurniakan kesabaran tinggi dalam menghadapi ujian Allah waktu sekarang ni. Mental memang kena kuat.

    ReplyDelete
  4. Semoga kita semua terus kuat dan tabah dalam menempuh ujian Allah pada waktu sekarang nie kan PC..

    ReplyDelete
  5. Semoga semuanya terkawal dan jaga iman sebaiknya.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.