Header Ads

Ibarat Minyak Dengan Air

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

IBARAT MINYAK DENGAN AIR.Menggoreng menggunakan minyak.Merebus menggunakan air.Itu ilmu asas di dapur rumahtangga,di kedai makan tepi jalan atau di dapur hotel-hotel lima bintang juga.Sekiranya tidak menggunakan tenaga solar setiap kenderaan berenjin pasti memerlukan minyak untuk menggerakkan enjin kenderaan tersebut.Kereta.Motor.Kapal terbang.Kapal laut.Kapal persiaran.Bot-bot.Kita juga tidak mudah untuk mengurus aktiviti seharian tanpa air.Bila dahaga cari air.Mahu mandi dan mencuci pakaian perlukan air.Ambil wuduk perlukan air yang bersih.Tayamun hanya pada waktu dan keadaan tertentu sahaja.Memasak perlukan air.Minyak dengan air,boleh bercampur namun tidak boleh menyatu.

related image

Tidak sehaluan pendapat dan kepercayaan buka bermakna tidak boleh duduk semeja bersembang seperti biasa dan bersikap tidak ada apa-apa.Boleh sahaja.Kefahaman dan pegangan tidak menjadi syarat untuk menjalin silaturahim satu dengan yang lain.Musuh pun boleh kalau mahu.Apa yang sering menjadi penghalang adalah sikap ego.

Seribu perbezaan satu persamaan terkadang ianya menjadi satu asbab terhapusnya seribu perbezaan yang ada kerana bercampur itu membuat kita lebih mendalami dan mengerti walaupun tidak boleh menyatu kerana mungkin tetap sahaja mempertahankan prinsip masing-masing.

Bertegas tidak bererti tiada toleransi.Memilih laluan atau jalan yang berbeza tidak bermakna tidak boleh bertemu dipenghujung jalan apatah lagi jika matlamatnya sama.Dalam hidup ini terkadang ada hal yang boleh ibaratkan sepeprti minyak dan air.Kedua-duanya sentiasa diperlukan.Setiap satunya ada peranan masing-masing.Sepakat itu tidak semestinya sama-sama berada di satu titik yang sama kerana kesepakatan itu persetujuan untuk bertindak atau merialisasikan dengan cara masing-masing namun menggapai matlamat yang satu.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

12 comments:

  1. Teringat kisah : Aku Ingin Menjadi Sepasang Kasut, ketika berjalan satu di depan, satu di belakang tapi tak pernah berselisih faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh kita selalu begitu dan sentiasa saling membantu.

      Delete
  2. sbb tu kommunikasi itu penting kan ?

    ReplyDelete
  3. Eh? Header baharu ke tu? Atau uncle je yg baru rerasan?

    ReplyDelete
  4. Air Dan minyak tidak boleh bercampur..
    Tapi saling memerlukan..

    ReplyDelete
  5. Boleh bersama, tapi tidak semua perkara akan dapat kata sepakat

    ReplyDelete
  6. walau beza pendapat tapi hidup dgn aman. itu paling penting.

    ReplyDelete
  7. berbeza molekul tetapi saling melengkapi..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.