Header Ads

Hujan Bermanfaat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

HUJAN BERMANFAAT.Suka tengok hujan.Suka main hujan.Suka bau udara selepas hujan.Suka sangat.Kalau di kampung selepas beberapa minit hujan PC suka keluar berdiri dicucur zink.Main air hujan yang mencurah-curah.Acah-acah macam air terjun mini.Kalau dulu kecil-kecil,suka mandi hujan.Paling seronok balik sekolah naik basikal ramai-ramai dengan kawan-kawan hujan lebat.InshaAllah buku kitab tak basah sebab dah bungkus dengan bag plastik siap-siap dari sekolah.Ha gitu.Kalau tidak mahunya semua kembang macam biskut direndam dalam air milo.Cis.

related image

Allah SWT yang cipta hujan.Yang izinkan hujan turun bila dan di mana yang DIA mahu dan tentukan untuk kita dan semua makhluk menikmatinya.Hujan yang berlarutan menjadi banjir itu dianggap musibah dan menyusahkan namun disebaliknya pasti ada hikmah yang boleh dan perlu kita ambil.

Tiada suatu yang sia-sia daripada Allah SWT kan.Hidup ini saling memerlukan dan bergantung satu dengan yang lain.Semoga hujan yang bermanfaat Allah turunkan untuk kita penghuni alam ini.Aamiin.

Sekian.


18 comments:

  1. kdg2 hujan itu turun bersama air mata...makin lebat hujan makin mencurah2 la air mata yg mengalir keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air mata kesedihan. Air mata kegembiraan. Air mata taubat. Betul tu Cikgu AK.

      Delete
  2. Amniin...

    Alhamdulillah.. kat sini hujan hari2. Walaupun tak lebat tapi bisa buat hati tenang dan badan tak gatal2 akibat panas. hahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur. Selesa. Nyaman dan tenang sangat. Moga setiap titisan hujan membawa banyak nikmat dan rahmat. Aamiin.

      Delete
  3. insya'Allah..ameen ameen ya Rabb...

    ReplyDelete
  4. Tiada suatu yang sia-sia daripada Allah SWT kan.
    Benar! suka sekali ayat ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga kita selalu bersyukur atas setiap nikmat kurniaanNYA kan. Terima kasih.

      Delete
  5. Batul, tiada satu pun yang sia-sia dari Allah SWT. Alhamdulillah kat sini pun hujan hari ni. Teringat plak masa kecik2 dulu Eina pun suka main air hujan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. PC pun suka main hujan. Suka main sampan kertas masukkan dalam tempayan yang penuh air.

      Delete
  6. Wak suka hujan sebab tak payah nyiram tanaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju wak. Udara selepas hujan pun segar sangat-sangat.

      Delete
  7. Alhamdulillah...mmg akak suka hujan..menyejukkan jiwa dan sekeliling..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Samalah kak. PC suka tengok hujan turun. Kekuasaan Allah.

      Delete
  8. alhamdulillah hujan itu rezeki, rezeki untuk menyuburkan tanah tanih di atas muka bumi ni untuk bagi manusia dan haiwan makan

    ReplyDelete
  9. Baru je lepas hujan petang ni kat area Seremban 2 area office Mrs. A
    Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.