Bila Bersatu

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BILA BERSATU.Bersatu hati.Bersatu semangat.Bersatu tenaga.Bersatu fikiran.Bersatu pendapat.Bersatu menyumbang.Bersatu membela.Bersatulah.Tapi sebelum memutuskan untuk bersatu,fikir terlebih dahulu semasak-masaknya haluan atau arah mana yang bakal dilalui kelak.Laluan di akhirat paling utama.Sebab di akhirat kehidupan yang abadi.

Bersatu untuk kebaikkan atau bersatu untuk keburukkan.Dalam hidup kita ini sahaja yang ada kerana tempatnya pun cuma dua.Ke syurgaNYA atau ke nerakaNYA.

Bila bersatu untuk dan dengan niat demi kebaikkan kadangkala mewah dengan pelbagai dugaan.Dugaan yang bukan biasa-biasa pun sebenarnya.Dugaan yang tidak mustahil buat kita terfikir untuk berputus asa dan menyerah dengan paling mudah dan pantas.Kenapa ya,pernah tak terlintas difikiran begitu.Kerana Rasulullah SAW sendiri untuk diangkat menjadi Rasul dan kekasih Allah cukup besar dan berat dugaan serta halangan yang terpaksa baginda lalui.Walhal sedari kandungan ibunya lagi Allah sudah menetapkan baginda bakal menjadi nabi,rasul dan penghuni syurgaNYA.Kita cuma ummat Rasulullah SAW.Kita hamba Allah SWT.Kita ni kecil sahaja.Kecil yang mahu sentiasa dipandang Tuhan,dan kecil yang berimpian tinggi mahu jadi penghuni syurgaNYA kan,maka tentu ada ujiannya.

Tapi percayalah,bila bersatu untuk dan dengan niat kebaikkan sesusah apa pun bantuan Allah itu selalu ada dan sentiasa dipermudahkan kerana tentera Allah SWT tersangatlah banyak.Allah SWT boleh memerintahkan para malaikat untuk bantu kita.Allah boleh gerakkan hati orang lain untuk bantu kita juga.InshaAllah dipermudahkan dan boleh dilakukan.

Dewasa ini tidak menjadi satu perkara aneh juga bila ramai yang bersatu untuk hal keburukkan.Walaupun untuk niat dan dengan cara yang salah tetap sahaja dipermudahkan dan sentiasa berjaya dengan sangat cemerlang.Perasan tak.Macam tidak ada halangan,macam tidak ada bantahan dan macam tidak ada ujian langsung.Iri hati dibuatnya.Eh jangan iri hati kerana tidak pernah berbaloi bila setiap kejayaan itu mewah dengan tipu daya dan taktik kotor.Ya,Allah memang permudahkan namun belum tentu mudah dan terselamat itu kekal selama-lamanya.

Sekian

Moga semua menjadi indah pada waktunya.



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

23 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Cuma ada ketikanya PC, nak menyatukan hati yang terluka dengan yang melukakan tu amat perit., luka parut tetap ada kan.. cuma kita bersatu dan berpegang teguh padaNya.. sebab Dia tidak pernah menyakiti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat perit. Kadang melihat sahaja pun tidak mahu Sis.

      Padam
  2. bersatu untuk buat kebaikan lebih disukai Allah daripada bersatu buat kejahatan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Sokong yang baik, hindari yang tidak baik.

      Padam
  3. Eina baru dengar ceramah dari Syamsul Debat. Ini antara ayat yang Eina ingat. "Apa-apa benda baik, yang diizinkan oleh Allah, niat kerana Allah, dapat pahala Ibadah". So, benda tu baik, tapi cara dan niat kita tak betul, pasti akan memudaratkan. Thank you PC :)

    BalasPadam
  4. Baca tajok ingatkan cerita politik.... 'Parti Bersatu"

    hehe

    BalasPadam
  5. Bersatu membuat kebaikan demi satu kebaikan tak pe.. Tapi bersatu kecam mengecam, hina menghina, tak patut....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena pandai memilihkan. Mana yang boleh dan perlu disokong mana yang tidak.

      Padam
  6. Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak

    BalasPadam
  7. Mari lah kita tentukan niat yang baik kan, sebab dalam niat pun dah ada pahala.. Moga tidak terjebak bersatu hati dalam perkara mungkar atau berkaitan dengan iri hati kepada manusia lain. Minta jauh laa. Nak tenang dan selamat dunia akhirat ♥️♥️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bahagia lakukan dosa atau kesalahan itu rasa bahagia yang palsu dan sia-sia sebenarnya.

      Padam
  8. terima kasih kerana berkongsi, kisah hebat untuk dikongsi

    BalasPadam
  9. bila bersatu membawa kebaikan lebih elok

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama