Header Ads

Alam Ciptaan Tuhan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

ALAM CIPTAAN TUHAN

Letih berlari sambung berjalan
Jalan santai menikmati alam
Alam ini milik Tuhan
Jangan dimusnah berkelakuan kejam

Langit biru putih awan
Tinggi gunung tidak tertawan
Ada manusia tumbuhan juga haiwan
Indah semua ciptaan Tuhan

Dalam setahun  ada dua belas bulan
Dua belas bulan mesti dimanfaatkan
Alam ini ciptaan Tuhan
Ada ujian mesti dilunaskan

Berasa takut dalam kegelapan
Kegelapan akhirat lebih menyeramkan
Dekati alam mengenal Tuhan
Tiada yang mustahil kerana Tuhan menciptakan

Semakin tinggi layang-layang terbang
Semakin kuat bebenang ditangan
Setiap makhluk terukan berkasih sayang

Kelak kembali kepada Tuhan yang menjadikan

Sekian.

14 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..