Tidak Sentiasa Kecil

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TIDAK SENTIASA KECIL |Kalau tanam pokok,hari-hari di siram,sesekali ditabur baja lama-lama hidup subur besar dan merimbun.Kalau kita ada haiwan ternakkan,cukup beri makan,elok merawatnya inshaAllah besar sihat jadinya.Begitulah perubahan dalam fasa-fasa kehidupan.Perubahan itu ada.Tidak kiralah fizikalnya atau lain-lain juga yang berkenaan.

A B C,alah sekadar abjad.1 2 3 cuma angka.Nampak kecil je..halus je macam tak ada peranan pun..tapi cuba huruf demi huruf dicantum ianya menjadi kata membawa banyak makna.Cantik susunannya maka cantik gaya bahasanya.Walau cuma satu patah perkataan kalau tidak elok didengar dan disebut..makan huru hara suasana jadinya.Nampak tak.

related image
Tidak Sentiasa Kecil | Perdu Cinta

Sering terlihat lemah dan tersudut bila sendiri dan satu.Namun ianya bakal dan boleh berubah bila mana bergabung atau dicantum menjadi lebih besar dan banyak.Apa yang kalau dilihat kecil...tidak selamanya juga terus kecil.Tidak sentiasa kecil.Perubahan boleh berlaku.Barangkali boleh menjadi dahsyat dengan momentum-momentumnya yang tersendiri.

Sekian.

Semua menjadi indah pada waktunya

16 comments:

  1. Setuju. Sesuatu yang kecil itu tidak semestinya dipandang enteng.

    ReplyDelete
  2. Setuju. Walaupun kecil sentiasa boleh membawa perubahan yg besar dan tidak seharusnya dipandang sebelah mata.

    ReplyDelete
  3. betul tu jua..ibarat bersatu teguh, bercerai roboh...

    ReplyDelete
  4. macam kita semua la..kalau semua bersatu kita jadi kuat. Jadi luar biasa.

    ReplyDelete
  5. kecil tidak selamanya bermula drpd kosong n kecil adanya

    ReplyDelete
  6. sama erti mcm pndg luaran kerana luaran hnya sementra :)
    yg kecil xmestinya lemah..kekdg kecil juga kuat..besar juga kkdg lemah..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.