Tapis Tepis Kikis

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TAPIS TEPIS KIKIS.Iman kita boleh menjadi tapis.Ilmu kita boleh menepis.Niat lurus kita boleh mengikis.Iman,ilmu dan niat bersatu untuk melancarkan setiap amalan baik yang mahu dilakukan satu persatu dengan istiqhomah kerana Allah SWT.

Jangan cakap susah,nanti susah la jadinya.Betul,apa yang kita cakap itu menjadi doa dan menarik aura juga.Tetapi hakikatnya memang susah mahu tapis,tepis dan kikis sesuatu yang mendekat,apa yang diterima dan semua yang sudah sebati.Semuanya memerlukan kesungguhan dan kerjasama serta banyak sokongan daripada segenap sudut.

Tapi,tepis dan kikis itu satu proses.Proses mahu menjadi hamba Allah yang lebih baik bukan lebih baik daripada orang lain tapi lebih baik daripada sebeleum-sebelumnya siapa kita yang dahulu.Kalau mahu berasa lebih baik daripada orang lain bukan tidak boleh,boleh sahaja tetapi kadangkala boleh terbabas menjadi riak dan sebagainya.Riak tidak semestinya dengan perbuatan,dengan kata-kata pun boleh jadi juga.Awas.

Sudah terbiasa terima semua bulat-bulat tiba-tiba mahu ditapis-tapi itu sukar.Sudah selalu sangat sambut apa sahaja huluran tiba-tiba mahu tepis itu berat.Sudah menjadi darang daging tiba-tiba mahu kikis itu menyeksakan.Nampak tak.Mahu meninggalakn suatu yang sudah menjadi tabiat adalah satu yang memerlukan iktikad yang benar-benar lebih teguh dan lurus.

Bukan macam tapis kelapa parut mahu mengasingkan santan dan hampas.Tidak seperti tepis lalat yang sibuk mengerumun ikan mentah.Tidak juga macam mengikis karat pada besi sebelum dicat semula.Kalaulah seperti itu inshaAllah telah ramai yang kembali ke titik permulaan kehidupan tanpa kembali terjerumus ke lembah yang malap semula.

Andai kita mahu benar-benar berubah,cari,dekati apa sahaja sumber atau energi kebaikkan.Kita mulakan langkah.langkah menjauhi yang tidak jelas dan buka langkah mendekati yang boleh memimpin kita ke tempat dan matlamat hidup yang benar-benar benar.Sekiranya telah puas meminta bantuan tetap sahaja menemui titik kegagalah..boleh jadi terlupa untuk minta pertolongan dengan TUHAN.Dahulukan DIA.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

11 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.