Seterusnya Oktober Pula Menjelma

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SETERUSNYA OKTOBER PULA MENJELMA.Alhamdulillah berakhir sudah September untuk tahun ini.Hari ini satu Oktober.Bulan ini bulan kelahiran babah PC.Dulu imam nombor satu PC.Sekarang dah jadi imam nombor dua.Selepas PC bernikah itulah kata-kata babah yang pertama."Sekarang babah bukan lagi imam nombor satu,babah serahkan kepada imam nombor satu yang baharu,suami Jua,jadilah makmum yang paling solehah,paling taat dan paling sabar.Ketika itu dan sampai detik ini pun semuanya masih segar difikiran PC,sebak dan sedihnya masih terasa.Sungguh-sungguh.

Ya Allah,cukup babah dan mama ini untuk aku dunia sampai akhirat.Jangan benarkan mereka memilih anak lain selain aku Ya Allah.


RELATED IMAGE

Hari berganti hari,adakala terasa cepatnya waktu berlalu.Ada masa terasa macam mengapa sangat lambat hari berganti.Allahu.Tahun ini tahun mencabar untuk kita semua dan sehingga kini pun kita semua masih perlu menjaga dan berhati-hati.Norma baharu untuk kita semua.

Apa yang kita miliki setakat ini semua dengan izinNYA.Kita masih hidup,masih boleh melakukan banyak aktiviti pun semua atas mahunya DIA.Syukur selalu.Banyakkan dan gandakan rasa bersyukur sehabis baik.Oktober 2020 tidak akan berulang.Nikmati dan isilah setiap kesempatan yang ada sebaik-baiknya.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya.


6 comments:

  1. hope october ni, kes covid berkurangan.. kan

    ReplyDelete
  2. Semoga Oktober lebih menyinar buat kita semua.

    ReplyDelete
  3. OKTOBER JELANG 2020 BAKAL MENGHILANG NAMUN HIDUP LESTARI SEADANYA

    ReplyDelete
  4. Kasih seorang ayah ketika melepaskananak gadisnya kepada imam yang baharu. Sebak rasa. Happy birthday buat Imam nombor 2 PC. Moga babah PC sentiasa sihat wal afiat.

    ReplyDelete
  5. hope kuranglah kes covid ...lama tak blogwalking sini.
    harini mood dan keja pun tak overload boleh la jejalan merata ..heheh

    Jom singgah wall saya
    https://madamcaramel.blogspot.com/2020/10/segmen-subscribe-youtuber-follow.html

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.