Mesti Pilih-pilih Jugalah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MESTI PILIH-PILIH JUGALAH.Mahu tidak mahu kita mesti membuat pilihan.Mesti memilih walau terkadang berasa itu bukan diri kita dan hujungnya buat kita tidak gembira.Seperti menyeksa diri sendirikan tetapi memang kita perlu lakukan itu lebih-lebih lagi bila melibatkan hal yang hujungnya merosakkan diri sendiri dan orang lain juga.

related image

Cerewet atau egoiskah.Entahlah,bagi PC tidak juga sebenarnya.Mungkin ya pada orang lain tapi tidak bagi PC dengan syarat kena dengan waktu,tempat dan keadaannya.Kita kena letak penapis atau benteng pada diri kita sendiri.Tahu bezakan mana yang boleh dan mana yang tidak boleh.Mana yang lulus tapisan mana yang tidak perlu ditapis pun sebaliknya perlu terus dihindari.

Ibarat mudahnya,tidak semua tangan boleh kita sambut.Ada tangan bercun.Ada tangan berduri.Ada tangan yang benar-benar mahu menarik kita ke jalanNYA.Manalah kita tahu nak membezakan tambahan manusia boleh sahaja muncul dalam banyaknya wajah peribadi.Lebih daripada talam mukanya.Justeru itu sentiasa minta bantuan dan perlindungan daripadaNYA.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya.


9 comments:

  1. Islam juga mengajar bahawa perlu memilih antara baik dan buruk, antara kebaikan dan yang lebih baik dan antara mudharat dan yang kurang mudharat...

    ReplyDelete
  2. Setuju.. dlm hidup ni kita mmg x lepas dari memilih.. terpulang kpd kita nak pilih kiri ke kanan, baru atau lama, hitam ke putih tapi pilihan yg telah kita buat tu kita tpksa juga redha akn baik buruknya di belakang hari nnt..

    ReplyDelete
  3. Semoga kita sentiasa membuat pilihan yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Jika pilihan itu terlalu sukar, sy ikhtiar guna solat istikharah.

    ReplyDelete
  5. kalau saya memang pilih2 termasuk kawan2..Hahaha..Kalau terpilih kawan yang tak gembirakan kita, lagi susah..kan??jadi baik la memilih dari sebarangan je pilih.

    ReplyDelete
  6. Betul tu PC.. Ada yang boleh disambut, kita sambut.. Mana yang perlu ditepis, kita tepis je ke tepi..

    ReplyDelete
  7. teringat lagu yang liriknya 'sambutlah tanganku kawan aku takut tenggelam.." hehehe

    ReplyDelete
  8. Dalam membuat pilihan kadang2 kita perlukan pendapat dan pertolongan orang lain

    ReplyDelete
  9. Tak Salah memilih utk mendapatkan yg terbaik

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.