Header Ads

Jangan Bingung Lagi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

JANGAN BINGUNG LAGI.Kalau tiada persoalan bukan kehidupan namanya.Anak kecil pun sudah mewah dengan pelbagai soalan dan persoalan difikirannya.Apa sahaja yang dilihat dan didengari pasti akan terbil bermacam persoalan.Itu anak kecil yang sedang belajar mahu mengerti dan mahu ambil tahu.Apatah lagi yang sudah remaja,dewasa seterusnya orang-orang tua.

related image

Lebih dulu hidup.Lebih dulu makan garam,gula dan sebagainya.Lebih dulu berpengalaman.Belum tentu juga tahu semua perkara kerana kehidupan di dunia ini satu proses yang berterusan dan sentiasa alami perubahan.Sentiasa ada perkara baru yang timbul,selalu ada penemuan atau hal aneh yang tidak terjangka dek akal kita terjadi.Itulah cara Allah mendidik kita.Didikan yang sangat luar biasa.

Setiap apa yang berlaku lebih-lebih lagi pada hal yang tidak kita duga,itu menjadi cabaran akal dan keimanan.Apatah lagi kalau perkara yang tersebut benar-benar menguji kesabaran dan menuntut pengertian yang bukan sedikit.Persoalan demi persoalan akan timbul.Kenapa begini.Mengapa begitu.Apakah semua ini.Dan banyak lagi.

Sudah terjadi.Sedang terjadi.Akan terjadi semua Allah SWT tahu.Dan jawapan pada setiap persoalan hambaNYA itu telah disediakan naskahnya.Al-Quran.

Sekian.

Semua menjadi indah pada waktunya.


7 comments:

  1. betul lah kita dah sampai pada masa yang dikatakan Rasulullah, zaman yang penuh persoalan, benda remeh pun kita suka persoalkan.

    ReplyDelete
  2. sebab tu ilmu Allah itu luas, tak terjangkau oleh fikiran manusia...tiap hari ada aje benda baru yang kita jumpa dan kadang2 pelik2..

    ReplyDelete
  3. Tenang-tenang saja, sentiasa berlapang dada, dan fikir secara rasional untuk buat pertimbangan wajar.

    ReplyDelete
  4. betul, setiap jawapan ada dlm kitab Al-Quran cuba Allah beri akal untuk fikir.... jawapan and tafsir secara mendalam....

    ReplyDelete
  5. Betul sangat. Hidup lama tak semestinya tahu semua benda. Dunia ni berubah dan setiap apa yang berubah tu ada ilmu dalam nya yang kita perlu gali dan teliti.

    ReplyDelete
  6. Betul tu PC.. kadang macam dah disusun ja bila tertanya-tanya atau rasa susah hati buka Al Quran kebetulan kena dengan ayat tu dalam hidup Kak Sue.. sungguh Allah itu Maha Tahu..

    ReplyDelete
  7. Allah jua yang maha Mengetahui segalanya..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.