Hubungan Terus Dijaga

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

HUBUNGAN TERUS DIJAGA

Suasana  berwaspada masih terasa
Sana sini masih merasai
Jagalah hubungan sesama kita
Manis ukhuwah tiada ternilai

Ketupat palas lemak rasanya
Bersama rendang itu kawannya
Tidak terhitung banyaknya jasa
Hargailah dengan semurni jiwa

Minum air bercawan-cawan
Tidak sedar kain sendat
Terpisah jarak menjadi dugaan
Di dalam hati tersemat erat

Duduk di rumah menonton bersama
Layang apa cerita yang ada
Norma baharu cuba diterima
Untuk kebaikkan sejagat bersama

Bakal menyusul musim buaha-buahan
Pokok rambutan berbuah lebat
Pelihara pertalian dengan Tuhan
Sejahtera dunia bahagia akhirat

Sekian

RAHMAT ALLAH SWT itu KUNCI

6 comments:

  1. Deep!! Segala yang berlaku ada hikmahnya, semoga kita dapat melaluinya dengan positif dan Allah sentiasa melindungi kita semua.

    ReplyDelete
  2. tiba2 teringat dah lama tak makan rambutan sejuk yang dah siap kupas dalam peti ais..huhu

    ReplyDelete
  3. sentiasa jaga hubungan sesama manusia :)

    ReplyDelete
  4. Jaga hubungan dengan pencipta, sesama manusia, makhluk yang hidup dan alam semesta sebaiknya.

    ReplyDelete
  5. dugaan tahun 2020 ni..entah macam mana la agaknya musim buah nanti..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.