Gantikan Tiada Kepada Belum

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

GANTIKAN TIADA KEPADA BELUM.Menceritakan sesuatu yang sudah atau telah kita alami atau berlaku itu lebih mudah kerana sudah nyata faktanya.Berbanding meneka-neka atau berandaian sesuatu yang belum terjadi itu lebih sukar sebenarnya.

Ada niat yang memang diniatkan.Ada niat yang kadang tidak kita niatkan secar serius pun.Hati-hati ketika berniat dalam hati kerana kalau ianya condong kepada nazar,maka mesti dilunaskan sebaik-baiknya.Sama jugalah seperti kita bercakap.PC percaya setiap kata-kata itu boleh menjadi doa walau tidak ketika selepas solat.Walau tidak ti tikar sembahyang pun.Kita tidak tahu kata-kata mana yang Allah SWT angkat atau terima cuma kata-kata atau yang mana satu menjadi doa-doa.Fuh,bahaya.

Lantaran itu biarpun satu perkara itu belum terjadi lebih-lebih lagi bila kita sendiri tidak pasti bagaimana kedepannya nanti maka gantikan tiada kepada belum.Tiada duit ganti kepada belum ada duit.Tiada zuriat gantikan kepada belum Allah kurniakan zuriat.Tiada lauk untuk makan gantikan kepada belum ada lauk untuk dimasak.Dan seterusnya dalam perkara atau hal-hal lain yang belum kita dapat pastikan lagi.

Kata-kata umpama megnet yang boleh menrik dan menolak juga.Cuma Allah SWT yang pasti tahu tiada atau ada.Sedangkan kita manusia cukup beranggapan dan bersangka belum sahajalah.Moga-moga ianya boleh menjadi satu titik perubaha pada takdir yang Allah sedang dan telah aturkan untuk kita semua.Aamiin.

Sekian.

Semua menjadi indah pada waktunya.

7 comments:

  1. KATA2 ADALAH DOA BERKATALAH YG BAIK2 SAJA WALAU DLM HATI

    ReplyDelete
  2. peringatan yang baik. sama-samalah kita menjaga pertuturan

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas pesanan.Lepas ni kena ubah cara menjawab dan kata2 supaya menjadi doa yang baik2.

    ReplyDelete
  4. betul, belum adalah kata2 terbaik utk digantikan

    ReplyDelete
  5. kata-kata adalah doa. jadi bersangka baik lah selalu..

    ReplyDelete
  6. Betul, sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Gantikan 'tiada' kepada 'belum'.

    ReplyDelete
  7. Setiap pertuturan boleh menjadi doa yg makbul. Mudah2an pertuturan kita semua sentiasa ke arah kebaikan, in shaa Allah.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.