Bukan Cuma Angka Tetapi Nyawa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BUKAN CUMA ANGKA TETAPI NYAWA.Melihat kwmLngan itu sangat mahu dielakkan kalau boleh biar semua sentiasa berhati-hati ketika memandu dan menjadi pengguna jalanraya yang penuh hemah.Sama-sama berhati-hati makan akan sama-sama selamat tiba ke destinasi.Mendengar khabar kematian itu mahu dielak namun hidup pasti hujungnya kematian walau berat dan pahit untuk diterima.Allahu.

Tetapi buakn lagi itu yang menjadi satu ketakutan.Setiap hari melihat jumlah kes baharu yang bertambah atau meningkat menjadi salah satu pemacu rasa ketakutan yang tidak kurang hebatnya.Semua ada sebabnya.Semua ada lasannya.Dan semua pada setiap yang bermula akan berakhir.Bila bermula,bila berakhir sebenarnya DIA yang lebih tahu.


Bukan cuma angka tetapi nyawa.Ya,semua ini bukan angka suka-suka kerana semuanya melibatkan banyak nyawa.Allahu.Saling menyalahkan tidak berguna lagi kerana sedari awal tahun 2020 perkara ini telah bermula.Sewajarnya semua sudah sedia maklum dan lebih matang serta bijaksana mengendali banyak perkara.Apatah lagi kalau mahu marah-marah itu cuma buang masa dan tenaga sahaja.Macam mencurah air ke permukaan daun keladi.Tiada kesan.

Batu yang keras hati-hati dititiskan air permukaannya lekuk juga.Kerak nasi yang keras direndam air lembut juga.Tapi manusia yang jauh lebih baik dan sempurna kejadian Allah cipta terkadang kalah dengan keegoan.

Tidak adil menyalahkan semua kerana antara yang semua itu ada yang betul-betul menjaga dan mematuhi peraturan atau prosedur yang ditetapkan.Barangkali ada beberap kerat atau tongkol dan keping yang kurang mahu mematuhi kerana andai dia manusia pasti bertindak sewaras yang boleh.

Sekarang,kita teruskan berdoa.Berdoa bukan cuma untuk diri sendiri dan keluarga tapi tambah lagi dalam doa kita untuk negara juga.Yang dah mula alhamdulillah terima kasih.Yang belum masukkan negara dalam doa jom mulakan.Tiada istilah terlambat.InshaAllah.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

5 comments:

  1. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah menghapuskan covid 19 dan menariknya

    ReplyDelete
  3. bila dah meningkat balik angka tu, semoga kita semua dapat bersabar dan dilindungi.

    ReplyDelete
  4. MASING2 BERHATI-HATILAH MENJAGA NYAWA NAN SATU N TIADA GANTINYA

    ReplyDelete
  5. vaccine masih tak ok kan.. hmmm dugaan Allah kali ni agak berat

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.