Bila Hati Mahu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BILA HATI MAHU

Daun pandan hijau bersinar
Walau kering tetap harum
Usahakan wajah sentiasa bersinar
Tertib berwudhuk mengikut hukum

Tertib berwudhuk mengikut hukum
Perkara sunat jangan dilupa
Berjamaah dibelakang mengikut imam
Khusyuk beribadah kerana DIA

Khusyuk beribadah kerana DIA
Tenang hati lapang fikiran
Musahabah diri sekali sekala
Mencari laluan kebenaran

Mencari laluan kebenaran
Sudah ditemui mohon amalkan
Tiada apa boleh dibangga-banggakan
Merendahkan hati jadikan amalan

Merendahkan hati jadikan amalan
Tidak semua mampu melakukan
Bila hati mahu memulakan
Tiada mustahil izinnya Tuhan

Sekian. 

sama-sama mencari redha Allah SWT 


9 comments:

  1. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..

    ReplyDelete
  2. sifat rendah diri penting dalam diri, jauhi sifat bangga diri...

    ReplyDelete
  3. bila kita betul-betul nak sesuatu, kita akan buat apa er untuk dapatkan benda tu

    ReplyDelete
  4. Amalan harian yang perlu sentiasa istiqomah.
    Selain itu amalan harian kita kena terus ditambah baik, in shaa Allah.

    ReplyDelete
  5. semoga Allah permudahkan urusan kita semua :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah sama2 saling mengingatkan 😇

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.