Apa Yang Disebaliknya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

APA YANG DISEBALIKNYA.Ada yang mahu membuka kesemuanya.Ada yang tidak mahu begitu lebih senang menutupinya.Itu hak masing-masing.Satu ketika kita cuma melihat dan mendengar urusan orang lain.Satu masa orang lain melihat dan mendengar pula tentang kita.Rasa ingin tahu itu sememangnya sentiasa ada.Apa yang baik-baik.Apa yang tidak baik juga kerana dikala ini semuanya seakan sudah sama rata.Dalam kain,luar kain.Dalam rumah,luar rumah semua sangat senang diwartakan baik bersebab atau sebaliknya.

Berat seberat-beratnya atau ringan seringan-ringannya.Tetap sahaja berbalik pada diri sendiri.Jangan pernah menyalahi orang lain atau sesiapa sahaja atas tindakkan diri sendiri sekiranya ianya tidak membuatkan kita selesa dek lisan atau pandangannya orang.Orang lain cuma mengambil apa yang disampaikan dan dikongsikan kerana apa yang disebaliknya itu sangat diluar bidang kuasa dan hak untuk orang lain meneliti satu persatu.Justeru itu jangan mengumpan dengan perkara atau isu yang tidak baik.Sesiapa pun,sensasinya ada,sahamnya pun juga ada terus mengalir deras.Ke buku kiri atau ke buku kanan.

Sama-sama mendapat.Setiap orang akan berada diposisi masing-masing.Siap sedia dengan cara pemikiran,tindakkan dan emosi sendiri-sendiri.Ahli nujum terjun pun tidak mampu menelah apa dihati orang lain.Sesuatu yang selalu dilakukan ramai orang adalah dengan senang hati membuat cerita dan kesimpulan dengan rempah ratus sendiri.Apa yang disebaliknya mungkin tahu tahu buat-buat tidak tahu.Atau mungkin langsung tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu,tapi seperti tahu semuanya.Mengambil tahu keterlaluan itu merimaskan dan menganggu.Namun pada perkara tertentu sangat perlu ambil tahu jandan cuma tahu lontar batu bertalu-talu ikut yang dimahu.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

12 comments:

  1. Mengambil tahu itu bagus tetapi ada hadnya..jgn terlalu ambil tahu itu namanya cari pasal hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan sangat-sangat merimaskan juga bagi kak PC.

      Delete
  2. Apa yang jadi dalam hidup ni adalah atas diri sendiri kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.Ada yang akibat perbuatan diri sendiri dan ada yang memang telah Tuhan tetapkan.

      Delete
  3. Ambil tahu kepada perkara yang sepatutnya sangatlah dianjurkan.
    Tapi jangan sampai jaga tepi kain orang, buruk padahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbahaya kan MrsA. Takut nanti urusan kita orang ikut rapat.

      Delete
  4. Sori off topik, memang sengaja lepas noktah tiada space bar? Atau kat screen uncle je nampak macam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khilaf PC uncle.Terima kasih atas teguran.PC cuba perbaiki ya.

      Delete
  5. Apa2 berbalik pada diri sendiri kan

    ReplyDelete
  6. Masyarakat kita suka menokok tambah sesuatu perkara.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.