Sangat Tepati Janji

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SANGAT TEPATI JANJI.Berbuat baiklah berpada-pada dan berbuat jahat jangan sekali-kali.Mahu berbuat kebaikkan ada bermacam cara dan tidak kira masa.Semampunya asalkan mahu.InshaAllah jadi.Aamiin.

related image

Berbuat kebaikkan balasannya juga adalah kebaikkan.Berbuat kejahatan balasan azab Allah SWT itu tersanglah pedih.Allah SWT itu sangat baik.Sangat adil dan tidak menzalimi setiap hambaNYA pun lebih-lebih lagi bila kita sentiasa beramal soleh dan benar-benar beriman kepadaNYA.

Ada kebaikkan di dunia yang kita lakukan,nikmat kebaikkan juga kita terima terus di dunia.Ada juga nikmat itu kita cuma rasa nanti diakhirat sana.Begitu juga jika buat perkara tidak baik,kadang rasa selamat Allah SWT tak turunkan apa-apa ujian,tapi jangan lupa ada balasan yang sedang menunggu diketika itu kita tidak mampu untuk kembali ke dunia untuk bertaubat dan berubah.

Sekarang cuba teguhkan keimanan kita padaNYA.Terus beramal soleh juga keranaNYA.Moga setiap apa yang dikerjakan sekarang Allah SWT terima sebagai satu ibadah.

Salam Jumaat indah.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya


8 comments:

  1. Salam jumaat
    Semoga kita terus tingkatkan amalan kebaikan. Allah pasti akan memberikan balasan yang terbaik juga buat kita samada di dunia ataupun akhirat.

    ReplyDelete
  2. Saya tak gemar orang yang suka bend janji dia. Mula2 contohnya dia janji A, tiba2 semakin hampir dengan janji tu, dia lentur2 sampai jadi B.. haih

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang betul semiga kita semua trus beramal dengan kebaika In Shaa Allah ✨

    ReplyDelete
  4. buat lah setiap perkara kerana mencari redha Allah..

    ReplyDelete
  5. Janji Allah itu pasti.. moga keimanan kita sentiasa terjaga.. aamiin

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.