Menangis Dan Ketawa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MENANGIS DAN KETAWA

Ada majlis khatam Al-Quran
Mengaji bersama jiran tetangga
Bukan mudah mencari teman
Menangis dan ketawa bersama-sama

Ada ketika rasa gembira
Ada ketika rasa marah
Beringatlah dimasa suka
Jangan hingga hilang arah

Mahal sungguh harga kuali
Sesekali guna apa salahnya
Hidup jika tidak diuji
Bukan kehidupan itu namanya

Selekoh cuma ada dua
Selekoh kanan selekoh kiri biasanya
Adakala menangis dan ketawa
Itulah warna dalam kehidupan manusia

Masam sungguh rasa cuka
Biarpun masam banyak gunanya
Menangis dan ketawa mengajar manusia
Bersyukur dan beringatlah setiap masa

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya



12 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.