Lontaran Dari Dalam

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


LONTARAN DARI DALAM.Kata-kata yang biasa-biasa sahaja.Santai pada pendengaran sesiapa pun itu kadang sangat menjentik hati.Siapa yang melontarkan itu satu perkara yang sering diambil kira tetapi sebenarnya kekuatan pada setiap patah kata yang dipilih itu adalah ungkapan daripada dalam iaitu daripada hati.Jika ianya disampaikan daripada hati tidak mustahil ke hati juga terkesannya hingga mendalam.

Niat.Bermula daripada niat.Kalau niatnya bercakap atau menyampaikan sesuatu itu kerana mahu buat orang lain sakit hati,sedih dan sebagainaya,itulah yang orang lain akan terima.Tak percaya cubalah.Bisik dalam hati,aku nak marah maki hamun dia,secara tidak langsung otak akan mencari kosa kata yang kasar dan sangat tidak manis pada pendengaran.Niat itu acuan dan memacu ke arah yang mana satu.Kalau niat kita baik,inshaAllah walau mahu menyebut segala jenis binatang pun pasti akan berfikir banyak kali,paling tidak pun masih berdaya untuk menapis.

Kata-kata.PC selalu percaya setiap kata-kata itu satu doa.Ealak sebut kata-kata yang tidak baik tapi pada kata-kata yang baik selalulah disebut walaupun berulangkali sebutnya.Kalau risau orang lain bosan dan menyampah,cuku sebut dalam hati sendiri.Caap dan bisikkan pada diri sendiri juga.Tidak semua orang suka mendengar kata-kata yang berulang-ulangkan.Boleh muntah katanya.

Cantik.Niat dan kata-kata kita rangkumkan menjadi satu menjadi akhlak.Akhlak yang cantik.Apa yang kita pandang dan nilai itu semua luaran.Luaran sering menjadi titik penilaian sesiapa pun.Ada yang berpendapat,apa yang diluar itu gambaran dalaman keperibadian dan hati seseorang.Ada juga yang berpendapat,luaran dan dalaman boleh sahaja berlainan cuma kekuatannya di mana,dan banyak sisi boleh diselindungi.Semuanya ada cara penilaian tersendiri.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

13 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. YANG BAIK HANYA DARI ALLAH SWT, YANG BURUK ATAS KESILAPAN KITA SENDIRI.
    BIAR APA YANG NAK DIUNGKAP ITU BAIK-BAIK SAJA, ANDAI BERKATA-KATA UNTUK MENYAKITI LEBIH BAIK DIAM SAJA...

    BalasPadam
  2. kata-kata yang baik datang dari akhlak yang baik juga. Kalau kata2 kita dengar baik tapi sebenarnya dengan niat tak baik, orang akan nampak juga tak baik tu.

    Kadang kita bagi alasan.." orang nasihat pun tak nak terima" bukan tak nak terima sebenarnya tapi sebab orang tahu kot, niat tu tak baik.. Ada sejenis dengki atau mungkin juga sekadar nak mentertawakan kesilapan orang.

    Semua tu boleh nampak dari kata-kata kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat sangat.Kita boleh rasa tulus atau tidaknya niat orang walau niat tu dalam hati.Tapi Allah akan beri rasa secara tidak langsung.Jernih daripada hati,jernih juga hati yang terima.Kalau sebaliknya harap maklum.

      Padam
  3. Balasan
    1. Itu paling bahaya.Dibibir lebih manis itu lagi-lagi bahaya.

      Padam
  4. betul, kadang2 kat blog pun, bila menulis dari hati, yang membaca pun akan sampai ke hati...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.Kita boleh rasa walau cuma satu patah perkataan .

      Padam
  5. Segalanya bermula dari niat.. semoga sentiasa dipimpin atas jln yg diredai.. aamiin

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama