Hidup Ini Indah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

HIDUP INI INDAH

Jangan dilepaskan ketika menggenggam
Satukan hati luruskan jiwa
Bertambah erat silaturahim
Bila yang berat dipikul bersama

Sayup-sayup azan subuh
Tetap ramai jamaah yang datang
Lakukan yang DIA suruh
Hindari yang DIA larang

Cantik lukisan dipermukaan pinggan
Pinggan diimport dari Belanda
Lapangkan hati tenangkan fikiran
Suburkan kebaikkan hapus sengketa

Tidur malam dalam kelambu
Kelambu baru warna biru
Sentiasa menyokong saling membantu
Bahu membahu membentengi selalu

Lama rasanya tidak makan cencaluk
Moga tidak terkejut wahai lidah
Saling menghargai sesama makhluk 
Barulah hidup ini indah 

Sekian. 

Semua menjadi indah pada waktunya

12 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.