Dosa Dalam Sepi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

DOSA DALAM SEPI

Jeling-jeling mata menjeling
Asyik jeling sampai juling
Jalan-jalan pusing keliling
Jangan menabur fitnah disekeliling

Sudah molek memilih diam
Diam lisan membawa damai
Moga hati pun turut berdiam
Tidaklah nanti dosa yang tersemai

Awal pagi sudah menari
Sambil menari petik jari
Elakkan menjadi si batu api
Takut terpercik ke tubuh sendiri

Jalan laju terseliuh kaki
Kaki kanan sakit sekali
Jangan mengungkit sesudah memberi
Rugi merugikan diri sendiri

Awal pagi sarapan roti
Roti potong cicah kari
Elak berkata kesat dalam hati
Biar tersembunyi Tuhan tetap memerhati

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya


6 comments:

  1. Hati-hati, jaga perbuatan dan lisan...

    ReplyDelete
  2. Bila berkumpul ramai2, mesti nak termengata orang, sebab tu saya tak berapa suka nak bergeng2 dan bergroup2 ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada betulnya,itulah yang sangat susah nak dielakkan.Bila tak campur orang dikata sombong atau kera sumbang pulak.

      Delete
  3. BATU API MENGHIDUPKAN API BAHAYA TU TERBAKAR SUSAH NAK PADAM

    ReplyDelete
  4. batu api dan hasad dengki berkait rapat..hati2 dengan dua benda ni..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.