Header Ads

Berbaki Empat Bulan Lagi Selamat Datang Ogos

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BERBAKI EMPAT BULAN LAGI SELAMAT DATANG OGOS.Hari kedua Aidiladha.Tentunya masih ramai yang berada di kampung halaman masing-masing.Kalau tidak pun mungkin ada yang berada di tempat percutian yang sedang dikunjungi saat ini bersama-sama keluarga masing-masing atau para sahabat.Di mana pun kalian berada,moga semua sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT.

related image

Semakin lama semakin kita menghampiri hujung tahun.Berbaki empat bulan sahaja lagi kita berada di tahun 2020.Cepat sangat.Bila semuanya kian menuju pemulihan,cepatnya waktu itu tetap sahaja dirasai.Lebih-lebih lagi bila ada sahaja aktiviti yang dilakukan maka dirasakan lagi cepat detik yang berlalu.

Selamat datang Ogos.Bulan yang akan sentiasa sama cuma ditahun yang berbeza,ceritanya tetap sahaja ada kelaianan di sini sana.Ogos di tahun 2020 tidak akan sama dengan Ogos di tahu 2021 nanti.jangan kata bulan,hari yang dilalui sahaja pun ada perbezaannya.

Mungkin Ogod kali ini merakam banyak kenangan manis.Atau mungkin juga banyak merakan kenangan pahit.Apa pun itu mahu tidak mahu tetap sahaja perlu dijalani dan diterima dengan hati yang sabar dan terbuka.

Biarpun sudah mahu menuju akhir garisan,kalau ini detik terbaik mahu memulakan sesuatu maka mulakanlah.Mohon dengan Allah SWT agar setiap langkah kecil kita itu berterusan dan disertai dengan keberkatan.Aamiin.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya


6 comments:

  1. Dah Nak Tahun Baruuuuu...Memang Pantass Masa Berrlaluuuuu

    ReplyDelete
  2. Semoga laju2 covid ni hilang, banyak tertangguh tahun ni

    ReplyDelete
  3. SALAM AIDILADHA PC N FAMILI MASA PANTAS BERLALU KAN

    ReplyDelete
  4. laju sungguh masa berlari,saya dah tak larat nak kejar..biar sahajalah...anyway selamat hari raya haji Kak PC =)

    ReplyDelete
  5. cepat sangat masa berlalu.. tahun 2020 ni pantas terasa..
    semoga hari2 kita sentiasa diberkati =)

    ReplyDelete
  6. Masa berlalu
    kesempatan kita semakin berkurangan

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.