Header Ads

Salam Aidiladha 1441H

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SALAM AIDILADHA 1441H.Hari ini hari terakhir dibulan Julai.Hari Jumaat dan dalam masa yang sama umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha 1441H hari ini.SubhanaAllah.Alhamdulillah.Masih berada dalam keadaan berjaga-jaga.Sentiasa sebenarnya namun kali ini mesti lebih berjaga-jaga.Sekarang kita sedang berada dalam keadaan norma yang baharu.

Ramadhan dan Syawal telah kita lewati apa seadanya.Mungkin ada yang berkesempatan meraiakn Syawal bersama-sama keluarga dihujung-hujung Syawal setelah merentas negeri dibenarkan.Syukur kerana itu juga nikmat.Tidak kurang yang langsung tidak dapat bersama-sama keluarga ketika Syawal kerana selain Perintah Kawalan Pergerakan,kekangan kerja juga maka Aidiladha kali ini menjadi sandaran dan harapan yang tinggi,agar dapat berkumpul bersama-sama ahli keluarga.Allahu.Aamiin.PC juga sangat-sangat berharap dapat balik kampung.

related image

Tidak dimungkiri,sepanjang perintah kawalan Pergerakan semua menjadi sangat terbatas dan berhati-hati.Ketakutan dan ada juga yang berasa tertekan justeru tidak hairan sekarang setiap hujung minggu berlaku kesesakkan lalu lintas di mana-mana sahaja.Biarpun hari dan waktunya singkat,setiap orang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung atau pergi membawa keluarga berjalan-jalan atau beriadah.Bukan atu yang pelik dan tidak boleh komplen itu ini juga.Bagi PC sekarang,paling penting masing-masing sentiasa menjaga diri dan selalu waspada tidak kiralah berada di mana sekalipun.

Barangkali sudah ada yang memulakan perjalanan atau pergerakan awal bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas,dan mungkin juga ada yang sedang dalam perjalanan menuju ke kampung atau ke destinasi masing-masing.Gunakanlah sebaik-baiknya waktu dan kesempatan yang Allah SWT pinjamkan kepada kita.Selamat bercuti.Selamat beristirehat dan SALAM AIDILADHA 1441H daripada PC untuk semua sahabat-sahabat blogger yang dihormati.

Sekian.

Semua menjadi indah pada waktunya.

4 comments:

  1. SALAM AIDIL ADHA PC N FAMLI MAAF ZAHIR BATIN

    ReplyDelete
  2. Salam aidiladha PC...Sama2 menghayati makna pengorbanan

    ReplyDelete
  3. salam aidiladha.. semoga Allah menerima
    semua amalan2 kita =)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.