Maaf Dan Taubat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MAAF DAN TAUBAT.Manusia,sesiapa pun kita tidak terlepas daripada melakukan dosa. Buat silap. Kita tidak ma'sum.Tidak terhindar daripada lakukan walau sezarah dosa pun.Allahu.Begitulah realitinya. 

Maaf dan taubat. Berat dan besar cabarannya. Meminta maaf dan memaafkan.Apatah lagi melupakan seperti tiada apa-apa yang terjadi.Itu dengan sesama manusia. Sesama makhluk juga perlu. Dengan Tuhan, sebagai hamba-NYA bertaubatlah. Sungguh-sungguh taubat. 

Maaf itu bukan diungkap kemudian khilafnya diulang lagi. Minta maaf sungguh-sungguh. Jangan seperti melepaskan batok(tempurung kelapa) ditangga.Buat sesuatu ala kadar. Tidak serius sekadar tutup mata. "Akukan dah minta maaf".Ikhlasnya jangan lebih tipis daripada kulit bawang. 

Begitu juga bila taubat.Taubat itu seperti janji. Janji dengan Allah SWT tidak mahu mengulangi lakukan apa yang dilarang.Apa yang sudah berlaku.. Sudah lepas.Sudah tercatat,biarkan.Untuk yang seterusnya ukir dilembaran baru dengan secantik-cantik ukiran dan seindah-indahnya warna. Aamiin.

related image

Bika sahaja maafkan kemudian melupakan itu sukar,sebenarnya memaafkan dan bertaubat itu lebih lagi sukarnya.
InshaAllah. 

Sekian. 

Semua menjadi indah pada waktunya

13 comments:

  1. ada juga istilah maaf tak ikhlas... macam mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungin minta maaf cuma dilisan tidak dari hati.

      Delete
  2. Sebagai manusia kita mmg tak lari dari kesilapan. Maaf setidaknya menjadi landasan memulihkan hubungan sesama insan manakala taubat membantu kita utk lebih dekat kepadaNya, in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat Tn,dua-dua hubungan ini kalau boleh jaga betul-betul.

      Delete
  3. kalau dah taubat tu jgn la dibuat lagi dosa tu. tu x menepati syarat2 taubat la tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat-sangat tu Cikgu AK.Taubat sungguh-sungguh.

      Delete
  4. Nak lupakan tu..makan masa..huhu

    ReplyDelete
  5. Allah maha pengampun
    Bertaubatlah di atas dosa2 yang telah kita lakukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah sentiasa tunggu permohonan taubat hamba-hanbaNYA.

      Delete
  6. Sesungguhnya kita semua pendosa kan PC..

    ReplyDelete
  7. Kadang kadang kita cakap Ok saya dah maafkan tapi dalam hati lain huhuhu

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.