Kalkulator Pun Tak Mampu Menjumlah


بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


KALKULATOR PUN TAK MAMPU MENJUMLAH.Membilang..satu persatu.Menjumlah segenap yang ada..yang terlihat di hadapan mata..atau untuk keperluan juga sepertinya perbelanjaan atau tabungan.Ya itu semua mesti dikira.Itu semua mesti diurus sebaik-baiknya supaya tidak menyesakkan hati dan fikiran.Tidak lebih tidak mengapa sebolehnya elak daripada tidak mencukupi.Pandai-pandailah sama-sama mengemudi dan membahagi.InsyaAllah boleh diusahakan.Aamin.Rezeki saripada DIA.Kita usaha saja.

Kalkulator pun tak mampu menjumlah.

Kasih sayang.Mungkin ada yang menilaikan rasa sayang dengan sebuah rumah mewah.Mungkin juga menterjemahkan rasa menghargai dengan sebiji kereta paling mewah.Mungkin juga membuktikan rasa cinta dengan emas intan permata.Masing-masing ada cara menterjemah dan memaknakan.Jujurnya,bagi PC kasih sayang tidak mempu pun diungkap dengan kata-kata.Boleh dirasai tapi kalau mahu membayangkan tidak mampu.Sebenarnya setiap kebendaan yang diberi itu hanya tanda menghargai sahaja.Kasih itu saaaaaaaaaaaaaangat indah.Terlalu dalam untuk diungkap dengan perkataan.

Dosa pahala.Niat tapi tidak melakukan hal buruk..tidak tercatat lagi dosanya.Niat sahaja pun belum melakukan sudah tercatat pahala buat kit,apatah lagi niat dan lakukan hal yang baik itu..maka lebih berganda pahalanya.Seberapa banyak kebaikkan yang kita lakukan kita sendiri tidak pernah tahu kadar pahala setiap satunya kerana banyak hal yang menganggu kebaikkan kita.Ada masa sepenuh hati.Tidak kurang separuh hati.Tidak mustahil terpaksa buat kebajikan.

Rasa keikhlasan.الله اکبر.Sebut sabar.Suruh sabar mudah.Samalah sebut ikhlas dan suruh orang ikhlas.Memang senang sangat-sangat.Tapi hal yang membabitkan hati ni susah sebenarnya.Susah nak tetap dan mantap.Nanti hati mantap..fikiran hasut.Nafsu hasut.Walaupun berpendirian.Tak mustahil rebah rasa keikhlasan tu.Justeru rasa keikhlasan juga antara perkara yang payah nak dinilai.Namun begitu,cuba didik hati.Cuba kawal akal.Cuba lentur nafsu yang buas dan ganas menghasu hati berbelah bahagi.InsyaAllah boleh.

Sekian


Semua menjadi indah pada waktunya


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Insyaallah. Nafsu ni kena selalu dididik, kalau dia dah meliar nanti, susah!

    BalasPadam
  2. Sabar ikhlas keduanya tak nampak di zahir mata kan.. Allah saja yang tahu

    BalasPadam
  3. Dosa pahala, kasih sayang, rasa keikhlasan memang tak dapat dibilang menggunakan kalkulator. Tak mampu untuk kita menghitung jumlahnya..

    BalasPadam
  4. Kalkulator memang tak mungkin boleh mengiranya.
    Kita usaha, inshaAllah semuanya lebih baik.

    BalasPadam
  5. Nak sabar dengan ikhlas tu bukan mudah kan PC. Semoga kita sentiasa perbaiki diri kita biar lebih baik dari sebelumnya..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama