Bila Blog Mula Dipandang

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BILA BLOG MULA DIPANDANG.Blog mungkin tidak menjadi pilihan sesetengah orang.Namun blog menarik minat ramai orang. Suka menulis. Suka membaca. Suka berkongsi suatu perkongsian. Ya, blog salah satu salurannya. Memuntahkan segenap rasa, idea, pandangan dan apa sahaja bentuk wacana yang bersesuaian dipilih mengikut cara dan selera masing-masing.Betul caranya. InshaAllah selamat.Tidak mustahil menjadi ladang kebaikkan untuk seorang blogger. 

Dahulukan pandangan Allah SWT. Ini yang susah untuk dilakukan. Kalau sudah dilakukan untuk istiqhomah pula sangat-sangat sukar. Sebab PC sendiri pun susah mahu lakukannya.Lazimnya PC sendiri pun hanyut dengan pandangan sendiri. Tidak semua apa yang dikongsi bebas campur aduk emosi yang kelabu.Samar-samar pun adakala terjebak juga.

Berblog kerana Allah.Niatnya apa sahaja dikongsikan sampai dan tersebar luas. Ada blogger perlu betul-betul bekerja keras untuk memperkenal dan menaikkan blognya.Ada pula cukup santai-santai sahaja sudah berada disyariatkan tersendiri. Semuanya rezeki. PC yakin setiap kita ada jalan dan rezekinya yang tidak akan tersilap. InshaAllah. 

related image

Bila blog mula dipandang, maka banyak perkara tidak boleh dianggap mudah.Orang sentiasa Mengharapkan sesuatu yang lebih dan lebih dan lebih. Lebih baik. Lebih mantap. Lebih berfaedah apatah lagi. Jangan berasa terbeban kerana lakukan kerana minat, rasa menghayati dan menghargai itu menjadi benteng dan garis panduannya. 

Sekian. 

Semua menjadi indah pada waktunya 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul PC, adakala untuk berkongsi dan memberikan yang terbaik bloger kehilangan idea...its not easy to be a good blogger, to attract people with your genius brilliant idea kan...itu yang membelenggu SA...kalau dulu 5 entry sehari..kini sehari hanya satu entry...

    BalasPadam
  2. Harap zaman blog bertambah menyinar mcm youtube..cuma skrg org lebih suka menonton brbanding mmbaca.

    BalasPadam
  3. for me, blog tempat simpan semua kenangan kami. dan share mcm2 hal untuk bg ilmu/referance kat oranglain jugak untuk sesetengah topik. org sekarang suka menonton dari membaca. tambah la sekarang banyak betul gajet2 teknologi baru ke arah video/motion

    BalasPadam
  4. Blog ada daya tarikannya yang tersendiri walaupun dah macam-macam medsos ada sekarang tapi Mrs. A masih setia dengan blog :-)

    BalasPadam
  5. OGA PERKONGSIAN DI BLOG MENAAFAATKAN RAMAI

    BalasPadam
  6. sharing is caring. hidup utk memberi...

    BalasPadam
  7. Banyak info dan maklumat yang boleh kita dapat

    BalasPadam
  8. saya masih berminat membaca blog. Blog masih menarik bagi saya. Walaupun ramai yang dah suka tonton youtube tapi bagi saya blog lebih mudah untuk kita hadam. Lebih terperinci dan jelas lagi2 kalau ada gambar.

    Harap lebih ramai yang suka baca blog. Maklum la, sekarang ni zaman orang dah makin malas membaca..

    BalasPadam
  9. Orang dah tak baca blog sekarang, tapi kita suka je sebab menulis untuk kenangan =)

    BalasPadam
  10. blog ada peminat tersendiri walaupun Youtube mengatasi ke depan..

    namun blog tetap terbaik pada jiwa dan perasaan saya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama