Semoga Bertemu Lagi Nanti

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SEMOGA BERTEMU LAGI NANTI

30 Syawal 1441H
Sebulan sudah berakhir
Hari ini
Syawal ini mewah tarbiah
Tarbiah untuk jiwa-jiwa hamba
Semoga bertemu lagi nanti

Pilunya hari ini
Dihari terakhir Syawal tahun ini
Seperti pilu yang bertalu-talu
Bertimpa-timpa
Allah mahu tentu berhikmah
Maka berlakulah

JOEYTZ MADAGASCAR
Abi (en suami PC) yang pilih nama
Betina
Cantik manja sopan
Hari pertama abi bawa balik daripada tempat kerja
Buka pintu kereta abi senyum gembira
Abi pegang
Abi peluk
Abi hulur
Kejutan untuk umi katanya
Selamat datang sayang
Umi (PC) sambut dengan air mata gembira
Sangat-sangat gembira
Lama dah mahu memelihara
Anak pertama kami
Ini anak pertama kami
29 Jun 2019
Sikit lagi menghampiri satu tahun kita bersama
Sikit sahaja lagi sayang

related image

Tapi hari ini
Syawal pertama kita
Diakhir Syawal juga
Tangan abi yang dukung dan peluk kamu  
Datang dan masuk ke rumah kami
Hari ini tangan abi juga yang tetap memegang dan memeluk kamu
Membawa kamu keluar dari rumah ini untuk disemadikan
Umi sambut kamu dengan air mata
Hari ini umi hantar kamu juga dengan air mata

Pada orang kamu haiwan
Kamu cuma seekor kucing
Pada abi umi kamu anak
Yang Allah amanahkan
Menjadi pengubat rasa keinginan punya zuriat
Allah jawab doa abi umi dengan terlebih dahulu
Hadirkan dan hadiahkan kamu

Semoga bertemu lagi nanti
Cari abi dan umi
Abi umi sayang Joeytz kerana Allah
Abi umi jaga Joeytz kerana Allah
Terima kasih hadiahkan anak-anak Joeytz
Yang ditinggalakn menjadi amanah abi umi
Pengubat rasa yang tidak terganti

Sakit melihat pemergian kamu
Lebih sakit kamu pergi disaat sedang dirahimu ada keturunanmu lagi
Terima kasih Allah
Atas nikmat ini
Nanti jangan cari abi dan umi yang lain
Cari abi dan umi yang ini
Cuma ini 

Joeytz Madagascar
Tolonglah ajar umi berhentikan air mata ini

20 Syawal 1441H
22 Jun 2020
Isnin

Setiap yang hidup dan bernyawa pasti mati
Nanti abi umi pun menyusul pasti
Rindu

Semua menjadi indah pada waktunya



10 comments:

  1. abe kie mengalami pengalaman anak kucing cantik yg dibela mati di hadapan mata sendiri. Ia sakit, jd abe kie bawa ke klinik haiwan. Bawa balik tp dia x cergas lg dan enggan makan. Spt tahu yg nyawanya x lama lg akan dicabut. Dua tiga hari jugaklah sedih memanjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la Cikgu AK.Bela.Mati depan mata nampak sedikit demi sedikit nyawa keluar daripada tubuhnya..Allahu.Lagi pedih dia renung muka kita.Ya Allah.Sakitnya tanggung rasa pilu ni.Terpandang-pandang je ni.Moga nanti jumpa semula.Dalam keadaan lebih bahagia.

      Delete
  2. Pn is3 wak banyak ternak kucing
    Sekarang ada 11 ekor semuanya.
    Kalau kucing mati, waklah tukang gali kubur
    Pn is3 tukang nangis aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun ada 11 ekor juga wak..sekarang tinggal 10..moga ini menjadi penawar rasa duka yang bersarang dalam hati.

      Delete
  3. Cat is not a pet, cat is family. Huhu sangat faham bagaimana rasanya kehilangan anak bulu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak hairan kenapa ada yang berasa trauma mahu membela kucing atau haiwan peliharaan lain kerana sakitnya kehilangan dan tinggalkan luar biasa.

      Delete
  4. insyallahhh.. semoga kita dipanjangkan umur oleh ALLAH..

    ReplyDelete
  5. insyaaAllah moga dapat bertemu lagi Ramadan n Syawal yg dinantikan kehadirannya

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.